Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
“Guru Oh Guru”
Usman Awang
1979
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
16 Mei

Hadis riwayat Sahih Muslim:
Dari Ibnu ‘Umar r. a., katanya Rasulullah s. a. w. bersabda: “Siapa yang berkata kepada saudaranya (sesama Muslim), “Hai kafir!”, maka ucapan itu kembali kepada salah satu di antara keduanya. Jika apa yang diucapkannya itu benar, maka ucapan itu tertuju kepada orang yang dipanggil. Jika tidak, maka ucapan itu tertuju kepada yang mengucapkan”.
08 Mei

Sudah riuh seluruh negara rasanya dengan kenyataan terbuka Che Tom Yahaya, ibu kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, yang menyuruh anaknya “meninggalkan” bosnya Dato Seri Anwar Ibrahim dan parti politiknya. Pada saya, sama ada benar atau tidak Azmin tidak patuh kepada ibunya adalah masalah peribadi dan hal keluarga yang tidak sepatutnya diwar-warkan melalui media massa yang disiarkan melalui “waktu perdana” pada pukul 8 malam. Juga, saya tidak mahu memberikan spekulasi sama ada musuh-musuh politik Azmin Ali terlibat di sebalik peristiwa ini.
Yang saya pasti, sesiapa pun yang mendalangi publisiti media ini secara besar-besaran melalui Buletin Utama TV3 harus malu kepada diri mereka sendiri. Membuka aib keluarga lain semata-mata untuk mendapat habuan suaka politik langsung tidak “Islamik”, malah fitan (dalam ertikata Bahasa Arab) itu dosanya adalah lebih berat daripada membunuh!
07 Mei

Saya harus berasa kagum dengan keberanian pelajar sekolah rendah ini yang “menzahirkan” sokongannya terhadap BERSIH 3.0. Saya tidak menyangka bahawa ada para pelajar sekolah yang amat peka dengan isu semasa. Ia adalah suatu perkembangan yang sihat bagi masa depan negara.
04 Mei
Ramai dari kalangan yang bebal atau taksub pada parti pemerintah sering memperlekeh-lekehkan BERSIH 3.0 serta matlamat perhimpunan tersebut untuk mendesak supaya pilihanraya yang lebih bersih dan adil dilaksanakan. Mereka sering berkata bahawa BERSIH 3.0 adalah rancangan jahat Ambiga, pengerusi bersama BERSIH 3.0. Mereka juga menghujat bahawa BERSIH 3.0 merupakan agenda mereka yang ingin merosakkan negara dan menjejaskan ketenteraman awam.
Pada saya, suara-suara sumbang ini hanya bertujuan untuk menidakkan fungsi BERSIH 3.0. Mereka tidak memahami apakah itu BERSIH 3.0 dan mengapakah rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, tidak mengira bangsa atau agama, berkumpul beramai-ramai di jalanraya-jalanraya Kuala Lumpur pada hari Sabtu lepas. Adalah mustahil bahawa Ambiga boleh mengarahkan ratusan rakyat Malaysia untuk bersama-sama mencapai matlamat BERSIH 3.0, kecualilah kalau mereka ini menganggap bahawa Ambiga adalah tuhan.
Gambar yang berikut merupakan salah satu sebab mengapa BERSIH 3.0 harus dan wajar dilaksanakan.

Selagi lapan tuntutan BERSIH 3.0 tidak dicapai, selagi itulah rakyat Malaysia akan terus bangkit menzahirkan protes mereka.
30 Apr