close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Pemimpin go blog

Ramai dari pemimpin UMNO aku rasa yang sudah membuat keputusan untuk “go blog”, mungkin mereka ingat menulis di dalam blog adalah semudah menulis BDV-184260-BDV. Hakikatnya adalah bukan begitu. Saya berani jamin bahawa mereka tidak akan kekal mempertahankan blog mereka selamanya. Berilah masa dalam 3 hingga 6 bulan, barangkali blog mereka akan pupus dalam tempoh tersebut.

Komen Anda? 0
17 Jun

Nyatakan bantahan kenaikan takrif elektrik

Mari kita ramai-ramai melakukan bantahan terhadap kenaikan Takrif Elektrik dengan melaksanakan “Cadangan Bodoh 2″, iaitu:

Tepat pada jam 10 malam, pada 1 julai 2008, tutup semua sumber elektrik selama 1 jam.

Sila salin dan tepekkan catatan blog ini dan siarkan di blog anda sebagai tanda sokongan. Artikel lengkap sila klik di sini.

Komen Anda? 1
17 Jun

Penyakit Jawi-fobia

bangkok bank 350x262 Penyakit Jawi fobia

Rupanya ada manusia di Malaysia yang mempunyai masalah dengan tulisan Jawi. Hati saya memang panas apabila membaca tulisan-tulisan yang berbau sentimen perkauman and anti-Islam. Apakah penyakit yang menghinggapi hati-hati mereka agaknya sehinggakan mereka jelas menghidapi penyakit Jawi-fobia?

Jawi is perhaps worth keeping, but only in the academic or religious context. Why should it be used for letterheads and street signs just for the sake of it? That is just selfish, narrow minded, and is a senseless squandering of public funds.

Kepala hotak engkau. Jika manusia ini mempunyai masalah dengan penggunaan tulisan Jawi selain daripada pengunaan dalam “konteks akademik atau agama” seperti yang dicadangkan, agaknya Bangkok Bank (rujuk kepada gambar di atas) harus mengharamkan tulisan Jawi di papan tanda mereka di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur, ya tak? Siapa sebenarnya yang “mementingkan diri, sempit pemikiran dan tiada akal” di dalam hal ini?

Sila keluar daripada Malaysia jika anda tidak mahu tulisan Jawi digunakan di mana-mana tempat di Malaysia!

Incoming search terms:

  • gambar papan tanda tulisan jawi
  • papan tanda tulisan jawi
  • sakit dalam tulisan jawi
Komen Anda? 3
16 Jun

Seorang mukmin tidak disengat dari lubang yang sama dua kali

Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, memberi pandangannya menolak sebarang rundingan kerjasama antara PAS dan UMNO. Tuan Guru memetik hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, “lâ yuldighu-l mu’minû min juhrin marratayn” yang bermaksud “Seorang mukmin tidak disengat dari lubang [yang sama] dua kali”.

Incoming search terms:

  • lâ yuldighu-l mu\minû min juhrin marratayn
  • lubang dua kali
  • lubang yang sama dua kali
Komen Anda? 0
16 Jun

Lingua franca

bahasa melayu 350x262 Lingua franca

Gesaan seperti yang terdapat di dalam gambar di atas memang benar tetapi selama ini, adakah parti politik yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu (tetapi dengan nama Bahasa Inggeris sebagai nama rasmi parti itu) telah melaksanakan tanggungjawab ini? Siapakah Menteri Pendidikan….oops, maaf…Pelajaran, yang menghapuskan tulisan Jawi di sekolah-sekolah kebangsaan? Siapakah Perdana Menteri yang memperkenalkan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris? Siapakah yang selama ini telah menghancurkan kemegahan Bahasa Melayu yang dahulunya merupakan lingua franca di peringkat Nusantara sehingga menjadi bahasa picisan yang hanya layak digunakan di pasar malam?

Seperti dalam sebuah rancangan Astro yang saya kira agak masyhur juga akhir-akhir ini….lu pikirlah sendiri!

Incoming search terms:

  • lingua franca bahasa melayu
  • lingua franca
  • lingua franca di sekolah
  • siapa yg hapuskan tulisan jawi disekolah
  • yang menghapuskan tulisan jawi
Komen Anda? 0
15 Jun
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes