Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Surat pendaftaran

    Ini adalah bukti kukuh untuk menyangkal dakwaan sesetengah pihak, terutamanya si “pakar ekonomi” (kononnya!) dari Universiti Michigan yang mendakwa bahawa penulis adalah seorang pengganggur.

    vctech ssm Surat pendaftaran

    Daripada menjadi seorang kuli batak yang hanya mendapat gaji sebulan sebanyak RMxxxx, adalah lebih baik seseorang itu mencapai financial freedom dengan mengendalikan perniagaan sendiri.

    Komen Anda? 2
    30 Nov

    Dave Katragadda foundation for the poor

    It is not easy to find philanthropists who are willing to help the poor and destitute improve their lives and bring change to the world. There are many poor regions in the world’s populous nations including China and even India Well, Dave Katragadda foundation is an Indian-based NGO which focus is to provide services for villages and help remote villages achieve development. Towards this end, they have started several e-governance programmes and several villages have already received the benefit of such programmes.

    The foundation is the initiative of Dave Katragadda (Devi Prasad Katragadda) and his brother Krishna Prasad Katragadda and have came up with various ideas for developing Indian villages. These include having tele-medicine services via broadband Internet, as well as providing villagers with improved techniques in farming and related skills. Through the leadership of Dave Katragadda the programme is expected to achieve much success and we hope more individuals like him will come up with new ideas to improve the world and make it a better place to live in.

    Komen Anda? 0
    29 Nov

    Titik

    Bermula daripada satu titik (.)
    maka
    tersingkaplah suatu pengembaraan.

    Perjalanan menyelusuri denai cabaran
    mengutip cebis-cebis pengalaman
    untuk mewarnai perca akli
    tersimpan dalam cangkelangmu…galaslah ia
    agar menjadi pedoman hidup
    menuju ke titik (.) yang abadi.

    Bandar Tun Hussein Onn
    2004

    Teg:
    Komen Anda? 0
    27 Nov

    Apabila yoga diharamkan, ramai yang menjadi penyibuk

    yoga hindu1 Apabila yoga diharamkan, ramai yang menjadi penyibuk

    Apabila Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa yoga adalah haram, maka ramailah suara-suara sumbang yang hendak menjadi kaki penyibuk. Walaupun ini merupakan permasalahan dalaman umat Islam yang hendak diselesaikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, namun mereka yang bukan Islam (baca: kafir) juga ingin turut serta untuk menganggu kewajiban yang diamanahkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendokong dan memertahankan akidah umat Islam daripada terhakis.

    Kedudukan yoga di dalam Islam sudah jelas dari awal lagi:

    Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut, ketika mengkritik persoalan ini membabitkan umat Islam, berkata senaman yoga perlu diharamkan kerana bercanggah dengan akidah, syariat serta akhlak Islam dan wajib ditinggalkan individu yang sudah mengamalkannya.

    “Keputusan mengharamkan senaman ini juga tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia bertujuan menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam,” katanya.

    Selanjutnya…

    Komen Anda? 5
    25 Nov

    Akhirnya semua selesai

    esze and rizal Akhirnya semua selesai

    Alhamdulillah, majlis perkahwinan adik saya yang juga melibatkan walimatul urus yang berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad (22 dan 23 haribulan November 2008) telah selesai. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi datang selepas saya menghantar surat jemputan / memaklumkan mereka mengenai majlis tersebut. Disebabkan kesibukan dengan majlis tersebut, saya tidak dapat menulis untuk beberapa hari yang lepas. Insya’ Allah saya akan menyambung semula membuat entri selepas ini.

    Komen Anda? 0
    25 Nov