Tunang memberitahu yang dia terjumpa binatang misteri ini di depan rumah. Nampak seperti bahaya, jadi dia sembur dengan Ridsect. Yang peliknya, spesis binatang ini tidak dapat dipastikan. Lipan ke? Atau lipas? Nak kata cengkerik pun bukan. Apakah ia?
Incoming search terms:
misteri
LIPAN RUMAH
gambar misteri
gambar serangga pelik
serangga pelik
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
Sekiranya inilah yang diamalkan oleh para pemimpin Barisan Nasional / UMNO, maka selayaknya rakyat menolak mereka secara keseluruhan dalam pilihanraya akan datang. “Mencarut amalan kita”, adakah kita harus membenarkannya tanpa melakukan sesuatu?
Ahmad Said (BN-Kijai): Datuk Yang Dipertua, inilah perangai binatang (tepuk). Roboh, menghalau budak-budak sekolah daripada tempat mereka, buat bangunan, tak ada kerajaan dalam dunia ini menghalau budak sekolah, merobohkan. Perangai seperti setan, Datuk Yang Dipertua (tepuk). Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam): Yang Berhormat Datuk Yang Dipertua, dia nak apa pun katalah kalau Yang Dipertua terima, saya tak ada masalah. Ahmad: Saya tak ada masalah jugak, pasal mung jahat. Bila-bila masa, jumpa ah. Abdul Wahid: Rupa-rupanya orang hak terasa. Ada orang terasa.
Ahmad: Terasa apa, mung jahat. Muka je pakai songkok. Songkok fesyen apa gini, fesyen iblis. Che Mat: Sila bertenang Yang Berhormat. Ahmad: Kabar mung nak kat mana. Lepas ni, boleh jumpa lagi. Abdul Wahid: Inilah Yang Berhormat, orang yang saya hadapi. Bercakap secara gentleman tapi nak ajak gocoh semacam. Ahmad: Gentleman babi apa begitu, Yang Dipertua. Gentleman, cakap gentleman. Kata ikut dan sekali, benda apa ni. Mengarut sekali, bersajak, bersyair. Gila ni, Yang Dipertua.
Menyahut cabaran dari Rohaizad, saya membuat keputusan untuk menyertai Cabaran Blogging 2008 yang telah dimulakan oleh beliau. Saya tidak dapat mulakan cabaran ini dengan lebih awal kerana masalah konek-syen yang disebabkan oleh kegilaan TM Nut, yang mengakibatkan saya terputus hubungan dengan dunia luar selama lima hari. Ya, anda telah membacanya dengan betul….lima hari!
Nasib baik kerja-kerja sebelum ini diletakkan dalam cold storage disebabkan hari perkahwinan adik saya yang bakal tiba tidak lama lagi. Kalau ini berterusan, alamat sudah lingkuplah bisnes saya dan kerjaya saya sebagai seorang Usahawan Internet akan berkubur begitu sahaja. Apapun, dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, saya mulakan cabaran blogging 2008 dan akan membuat sekurang-kurangnya satu entri setiap hari sehinggalah tamat tempoh cabaran.
Mungkin ada sesetengah pihak yang mengadu bahawa adalah sukar untuk membuat bisnes pada masa ini disebabkan keadaan kemelesatan ekonomi tetapi bagi saya sendiri, masa inilah ibarat “bulan jatuh ke riba” disebabkan kadar tukaran matawang asing yang menguntungkan apabila USD diniagakan kepada Ringgit.