Tahun 2008 M akan berakhir dalam beberapa jam lagi dan tahun baru 2009 M akan menjelang tiba. Sebelum ini kita sudah pun merayakan tahun baru Hijrah dan anda barangkali sudah menjadi pembaca tetap blog ini. Tamatlah sudah Cabaran Blogging 2008 yang disyorkan oleh Rohaizad sebelum ini dan saya merasakan bahawa saya telah berjaya melakukannya, walaupun ada beberapa hari yang terlepas atas sebab-sebab tertentu. Mengambil kesempatan ini, saya akan imbas kembali apa yang telah ditulis pada bulan-bulan sebelumnya.
Banyak perubahan telah berlaku kepada saya dan keluarga sepanjang tahun 2008. Saya sendiri telah memulakan blog ini pada 12 Jun 2008, iaitu tujuh bulan sebelum ini. Saya pertama kali bertemu dengan blogger di sebalik tabir Rohaizad.com pada bulan itu juga. Saya juga kehilangan seorang ahli keluarga apabila mendapat berita bahawa nenek saya meninggal dunia tetapi saya juga bersyukur kerana selamat mengalami peralihan daripada status “bujang” kepada “tunang” secara rasmi apabila bertunang dengan seorang gadis manis dari Pontian. Disebabkan hati saya tertawan melihatnya, saya juga telah membelikan cincin pertunangan untuknya. Ini sebenarnya adalah suatu motivasi untuk diri saya supaya bekerja keras menjana wang secara online dan untuk menuju ke arah itu, sebuah syarikat milik persendirian telah ditubuhkan. Ada beberapa projek peribadi yang saya telah hidupkan semula sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang ini.
Selanjutnya…
31 Dis

Berada di tahap kebosanan paling maksima kerana kini dalam proses memindahkan semua blog yang saya miliki dari tapak web hosting di Singapura ke reseller hosting saya yang berada di Amerika Syarikat. Kebetulan pula tunang saya yang tercinta memberikan pautan kepada laman web teka silangkata ini: Teka Silangkata Aimanku. Saya tertarik dengan laman web ini bukan hanya disebabkan permainan silangkata yang interaktif, tetapi kata kunci yang diberikan juga kreatif dan kadangkala lucu pula. Sebagai contoh:
- PENYAKIT NORMALA SHAMSUDDIN KETIKA DIA GEMBIRA
- PERLU DILAKUKAN KETIKA BERAK ATAU BERANAK
- ORANG INI TAK PERLUKAN SIKAT
- WARTAWAN TV YANG TENGGELAM DAN SERING MENGANGKAT TANGAN MEMINTA TOLONG
- NAMA GLAMOUR BABI
Cuba anda teka, apakah perkataan-perkataan yang dimaksudkan?
31 Dis

Gaza bermandikan darah lagi! Apa yang telah dan sedang berlaku di Genting Gaza ketika ini yang diasak oleh serangan udara tentera regim Zionis Tel Aviv adalah terlalu kejam dan tidak berperikemanusian sama sekali! Dunia mengutuk tindakan mereka, tetapi dengan angkuhnya mereka tetap melakukannya tanpa menghiraukan siapa yang menjadi mangsa mereka.
Sehingga artikel ini ditulis, sudah lebih 360 rakyat Palestin yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak telah terkorban dalam serangan udara tentera Israel yang kini sudah masuk hari keempat.
Penjenayah-penjenayah perang di Israel harus dihukum di atas kekejaman mereka!
Selanjutnya…
31 Dis

Sempena 1 Muharram 1430H yang jatuh pada hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua pembaca saya dan seluruh umat Islam di dunia. Dalam beberapa hari lagi genaplah setahun blog ini dimulakan. Pada asalnya saya memulakan penulisan blog ini di dalam Bahasa Inggeris; namun atas sebab-sebab tertentu saya telah memindahkannya ke domain lain dan setelah mengambil beberapa bulan memikirkan baik-buruk untuk memulakan sebuah blog di dalam Bahasa Melayu, maka saya pun memulakannya dan sejak itu saya tidak berpaling ke belakang lagi.
Boleh dikatakan inilah “penghijrahan” saya yang paling signifikan….iaitu menulis blog di dalam bahasa kebangsaan yang selama ini saya abaikan. Apakah penghijrahan anda yang paling bermakna pada tahun lepas?
29 Dis
Doa awal tahun untuk menyambut 1 Muharram 1430H.

29 Dis