Pendapat Kritis

RSS Feed


  • YB Chong Eng sudah melampau

    Saya tahu dan sedar bahawa bukan semua ahli-ahli DAP adalah pelampau ekstremis Cina, tetapi kenyataan terbaru YB dari Bukit Mertajam sudah menampakkan di kem manakah beliau berada.

    ekstremis dap YB Chong Eng sudah melampau

    Minta maaf YB, kenyataan anda bercanggah dengan peruntukan di dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan. Sila rujuk kembali dan baca balik petikan di dalam artikel tersebut berulang-kali. Lainlah kalau YB sendiri tidak tahu membaca….

    Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini.

    Komen Anda? 3
    28 Feb

    Pembaharuan

    Tempoh hari, komputer desktop saya tidak dapat berfungsi dan tidak boleh start akibat disambar kilat dan saya telah menghantarnya ke kedai. Pihak teknikal memaklumkan kepada saya bahawa kad grafik dan RAM telah mengalami kerosakan dan perlu digantikan. Setelah menaksirkan harganya, saya mengambil keputusan untuk menaiktaraf (upgrade) sahaja kemampuan desktop saya yang berusia hampir lima tahun. Casing dan pelbagai alatan lain seperti processor, motherboard, dsb. telah diganti dan dinaiktaraf dengan peralatan yang lebih baik.

    Segala kos untuk menaiktaraf desktop tersebut adalah 100% hasil dari pendapatan bisnes online saya yang saya perolehi selama ini. Oh, harganya tidak mahal. Cuma RM1400 sahaja.

    Komen Anda? 3
    26 Feb

    Blog pro-UMNO gila talak

    Sebuah blog pro-UMNO telah memainkan sentimen perkauman dengan menggesa agar Speaker DUN Perak dihukum bunuh atau “dibuang negeri” (agaknya macamana hendak melaksanakannya?) kerana menggantung “Menteri Besar” palsu serta gerombolan Exconya daripada menghadiri sidang.

    mykmu teks penuh Blog pro UMNO gila talak

    Lucu pula apabila saya memikirkannya dengan lebih mendalam. Sejak bilakah Sultan Perak pada zaman ini mempunyai kuasa mutlak untuk “membuang negeri” atau “menghukum pancung” sesiapa pun? Bukankah kuasa tersebut sekarang terletak di tangan Menteri Dalam Negeri atau Kerajaan Persekutuan?

    Komen Anda? 1
    20 Feb

    Cerita tiga bukit

    Bukit Gantang di Perak, Bukit Selambau di Kedah dan sekarang Bukit Lanjan di Selangor. Tiga pilihanraya kecil boleh berlaku secara serentak. Apakah ini the beginning of the end bagi segerombolan kumpulan assabiyyah yang menjadi penguasa selama 51 tahun di bumi Malaysia ini?

    Komen Anda? 0
    17 Feb

    Malaysia Darul Anak Haram

    anak anak Malaysia Darul Anak Haram

    Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional:

    Jumlah anak tanpa bapa mencecah 257,411
    Mohd Sabri Said

    BAYAN BARU, 16 Feb (Hrkh) – Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes kata, Senator Muntaz Mohd Nawi. Beliau ketika merasmikan program Hi-Tea anjuran Dewan Muslimat PAS Bayan Baru di Dewan Orang Ramai Sungai Ara semalam juga membidas dasar kerajaan yang tidak serius menangani permasalah tersebut berbanding ancaman penyakit lain termasuk chikunya.

    Ujarnya, beliau juga turut kesal ada pandangan segelintir golongan yang mengatakan bilangan anak yang tidak berbapa hanya sedikit dan belum padah seperti negara barat.

    “Kerajaan perlu mengisytiharkan beberapa langkah drastik untuk menyelamatkan keadaan ini. Kita tidak mahu kegagalan menanganinya menyebabkan bertambah bilangan anak yang tidak berbapa di Malaysia,” tegasnya.

    Menurut beliau, jika penyakit sosial kerajaan bertungkus lumus mencara formula inikan pula penyakit moral yang pastinya lebih mencengkam bila usaha ke arah itu tidak dijalankan segera.

    Justeru, kerajaan wajar mengemukan pelan terkini ekoran golongan terbabit merupakan golongan yang tidak maruah dan perlukan pemerhatian yang tinggi, katanya.

    Kerajaan Persekutuan yang ada sekarang harus dibasmikan menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

    Komen Anda? 4
    16 Feb