close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Orang Tua Kutuk itu kembali?

Adakah keadaan ini mungkin sekiranya Pak Lah masih menjadi Perdana Menteri?

najib march28 Orang Tua Kutuk itu kembali?

Maka si Orang Tua Kutuk itu kembali semula ke pangkuan partinya seperti sirih pulang ke ganggang. Saya tidak akan berasa hairan sekiranya beliau dilantik menjadi Senior Minister di dalam kabinet menteri baru pada minggu hadapan.

Budaya UMNO begitulah, terlalu taksub dengan feudalisme dan tradisi sehingga mengenepikan demokrasi!

Incoming search terms:

  • orang tua kutuk
Komen Anda? 6
30 Mac

Earth Hour 2009

earth hour 2009 Earth Hour 2009

Saya telah menutup lampu selama sejam sempena Earth Hour 2009. Anda bagaimana?

Teg:
Komen Anda? 3
28 Mac

Blog Tuan Guru Nik Aziz dilancarkan

tg nik aziz blog Blog Tuan Guru Nik Aziz dilancarkan

Menarik apabila saya mendapat tahu bahawa blog rasmi TG Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, telah berjaya dilancarkan. Sila lawati Dari Sudut Perspektif untuk melihat blog Tuan Guru yang baru ini.

Incoming search terms:

  • laman web nik aziz
  • blog nik aziz
  • blog tuan guru nik aziz
  • nik aziz
  • nikaziz blogspot
Komen Anda? 2
28 Mac

Jed Yoong adalah seorang wartawan yang busuk hati

Saya tidak menyangka bahawa seorang wartawan yang berkhidmat untuk Asia Sentinel boleh melakukan sesuatu perkara yang, pada saya, adalah begitu jelik, tidak beretika dan sungguh memalukan untuk kerjaya yang disandangnya. Saya pernah menghadiri kursus kewartawanan beberapa tahun yang lepas dan trainer yang mengajar kami pada waktu itu sering mengingatkan kami bahawa fakta-fakta harus disemak dan diteliti dahulu dari kedua-belah pihak sebelum mengeluarkan sesuatu laporan berita. Namun, Jed Yoong, yang merupakan seorang andartu yang sudah “hilang tarikan mata” (atau dalam kata lain, “ubat yang sudah tamat tempoh”), dengan hatinya yang begitu busuk dan buta kepada fakta mengeluarkan kenyataan untuk menyokong seorang pemfitnah dan penghina Islam yang telah dilaporkan kepada pihak polis. Apa yang harus saya katakan lagi untuk menerangkan perkara yang sebenarnya?

Biarkanlah, biarkanlah! Saya sudah melepaskan tanggungjawab saya. Suatu hari, anda akan mampus juga (sama seperti semua manusia lain) dan anda akan berada di Padang Mahsyar untuk menerima pengadilan (sama seperti semua manusia lain). Jawablah nanti anda dengan Allah s.w.t. di sana nanti!

Incoming search terms:

  • jed yoong
Komen Anda? 0
24 Mac

Laporan polis telah dibuat

Janji itu kota dan saya telah kotakan apa yang telah saya janjikan sejak tahun lepas.

police report shadowfox blur Laporan polis telah dibuat

Saya percaya bahawa janji Allah s.w.t. itu benar dan Allah s.w.t. sentiasa akan menolong orang yang benar dan ikhlas dalam perjuangan. Atas sebab itu, saya yakin bahawa Allah s.w.t. akan bersama-sama saya untuk membawa si jahanam yang bukan sahaja memfitnah saya dengan begitu aib sekali, tetapi juga menghina agama Islam yang suci, ke muka pengadilan, insya’ Allah.

Incoming search terms:

  • polis report
  • REPOT POLIS
  • polis repot
  • sample laporan polis
  • repot polis pics
Komen Anda? 5
23 Mac
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes