Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Antara pengkhianat dan Menteri Besar

    Siapa sangka yang salah seorang daripada mereka akan menjadi Menteri Besar, dan seorang lagi akan menjadi pengkhianat besar yang menjatuhkan sebuah kerajaan demokratik di Perak?

    barisan alternatif perak Antara pengkhianat dan Menteri Besar

    Sebelum kemelut politik yang disebabkan oleh pengkhianat itu, dia telah berdiri bersebelahan Menteri Besar bersama-sama dengan barisan Perak untuk menentang kerajaan Barisan Nasional. Apakah yang sudah terjadi dengan bai’ah ini?

    Komen Anda? 1
    23 Mei

    Kes tidak boleh….

    Lagu yang memilih topik yang sungguh pelik tetapi pada masa yang sama tersangatlah kelakar. Penyanyi ini juga terkenal dengan lagu “Minah Tudung” dua tahun lepas. Mungkin sesetengah orang akan berasa mual apabila mendengar lagu ini, tetapi penyanyinya sungguh mengancam dan rap beliau tentunya boleh mengalahkan penyanyi rap Cina “Namewee” yang kontroversi suatu ketika dahulu.

    Terpulanglah pada anda untuk menilainya.

    Komen Anda? 1
    19 Mei

    Klon Siti Nurhaliza?

    Suara gadis yang menyanyikan lagu ini memang sedap, malah seperti suara Siti Nurhaliza pula. Saya merakamkan video ini di sebuah majlis perkahwinan baru-baru ini di Sungai Ramal, Kajang.

    Komen Anda? 4
    15 Mei

    Siaran langsung forum “From May 13 to 1Malaysia”

    Saksikan siaran langsung forum “From May 13 to 1Malaysia” melalui video streaming di Internet anjuran Pakatan Rakyat. Penceramah pada masa ini adalah MB Perak yang sah, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin.

    Watch live video from DAP Malaysia on Justin.tv

    Komen Anda? 0
    13 Mei

    MB Haram samakan dirinya dengan Gandhi dan Mandela

    Lucu juga apabila saya membaca tulisan beliau yang menyamakan dirinya dengan Mahatma Gandhi, Nelson Mandela dan Martin Luther King Jr. Sejak bilakah Zambry ini dipenjarakan atau direncatkan pergerakannya dengan sebegitu rupa sehingga menerima nasib yang sama dengan mereka yang disebutkan ini?

    Saya juga hairan mengapakah beliau, sebagai seorang yang kononnya terdidik di dalam aliran Islam, menggunakan contoh tokoh-tokoh non-Muslim dan bukannya tokoh-tokoh dari dunia Islam itu sendiri? Saya rasa jangankan tokoh-tokoh yang disebut ini, beliau sendiri tidak mungkin dapat menyamakan dirinya dengan tokoh-tokoh Islam seperti Imam Abu Hanifah (diseksa dan dipenjara dengan begitu teruk sekali oleh Khalifah kerana ketegasannya menentang fahaman Muktazillah), Sheikhul Islam Ibn Taymiyyah (dipenjara oleh pemerintah Syria kerana penentangannya terhadap kezaliman) dan Al-Hajj Malik El Shabazz (atau lebih dikenali sebagai Malcolm X) yang juga sezaman dengan Martin Luther King Jr.

    Jangan bermimpilah, hai MB Haram berketurunan Mamak! Kamu tidak mungkin akan setanding dengan MB Perak yang sah, Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin!

    Komen Anda? 1
    13 Mei