Calon PRK Manek Urai
Sokonglah calon Pakatan Rakyat dari PAS yang bakal bertanding di PRK Manek Urai.

Sokonglah calon Pakatan Rakyat dari PAS yang bakal bertanding di PRK Manek Urai.


Pagi ini saya mendapat berita bahawa Raja Pop Dunia, Michael Jackson, telah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Ini disebarkan pula oleh para penulis blog di laman web Project Petaling Street. Saya dibesarkan dengan sajian lagu-lagu Raja Pop seperti Beat It, Thriller, Black or White dan Earth Song. Malah adik saya pernah membeli koleksi CD beliau HIStory yang pada waktu itu agak mahal juga harganya.
Diberitakan bahawa beliau telah masuk Islam dan menukarkan namanya kepada Mikaeel, tetapi saya belum dapat sahkan berita ini walaupun ia dilaporkan oleh pelbagai portal berita di Internet.
Sebuah video “aksi melampau” untuk sajian para pelawat blog ini.
Saya sungguh takjub apabila melihat statistik AdSense saya pada hari ini. Boleh terkedu lidah saya dibuatnya.

Jangan tanya bagaimana ini boleh berlaku….kerana saya sendiri tidak tahu!

Nampaknya al-Murshid al-Am Parti Islam Se-Malaysia sudah marah benar dengan Timbalan Presiden parti sehinggakan mengeluarkan kenyataan “menghalau” beliau ke parti sekular itu, sekiranya masih bercakap soal “Kerajaan Perpaduan” ini. Walaupun saya sendiri menentang apa bentuk “perpaduan” dengan parti sekular itu, saya masih berfikiran terbuka mengenai soal Ustaz Nasha dan saya tidak memikirkan bahawa beliau adalah boneka parti sekular itu atau pun ada niat untuk menghancurkan Parti Islam Se-Malaysia. Kalau tidak percaya, bacalah sejarah PAS semasa di bawah pimpinan Datuk Asri Muda. Saya yakin Ustaz Nasha tahu dan sedar mengenainya.
Sebagai ahli PAS bernombor 824331, saya berharap benar agar al-Murshid al-Am berdamai dengan Timbalan Presiden. Kalau ada salah-faham, sila terangkan. Jika sudah terang, bersatulah kerana parti sekular itu hanya menunggu masa untuk membaham Parti Islam Se-Malaysia dan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat.