close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Sheikh Fathi Yakan kembali ke rahmatullah

fathi yakan Sheikh Fathi Yakan kembali ke rahmatullah

Sheikh Fathi Yakan, pemimpin Fron Bertindak Islam di Lubnan, telah kembali ke rahmatullah. Inna lillahi wa inna ilayhi ra’a ji’un, dari Allah SWT kita datang dan kepada-Nya juga kita akan kembali. Jasa-jasa Sheikh Fathi Yakan dalam gerakan Islam dunia, khasnya di Lubnan, tidak akan dilupakan.

Baca: Fathi Yakan, Apa Ertinya Saya Menganut Islam?

Komen Anda? 0
15 Jun

DS Nizar dihumban keluar selepas mengangkat sumpah

bubok DS Nizar dihumban keluar selepas mengangkat sumpah

Dato’ Seri Nizar hari ini mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Bukit Gantang, tetapi dihumban keluar dari Parlimen oleh Speaker Dewan Rakyat yang sememangnya pro-BN. Untuk berita lanjut, sila rujuk di sini.

Komen Anda? 0
15 Jun

Tunang saya kemalangan

rusa remuk Tunang saya kemalangan

Tiga hari lepas, tunang saya mengalami kemalangan jalan raya semasa melalui Pekan Nenas menuju ke Bandaraya JB. Dia selamat, tetapi Rusa yang dibawanya hancur remuk akibat dilanggar oleh lori tersebut. Nasib baiklah dia tidak ada apa-apa kecuali kaki yang bengkak, kalau tidak saya sudah menjadi duda.

rusa remuk sebelah Tunang saya kemalangan

Sekarang dia berada di rumah, masih trauma sedikit akibat kemalangan tetapi dapat ditenangkan oleh saya. Kalau ada apa-apa pesanan untuk dia, silalah tinggalkan di kotak komen di bawah, ya?

Incoming search terms:

  • tunang darah manis
  • tunang kemalangan
Komen Anda? 6
14 Jun

Language Kebangsaan

Maka inilah natijahnya sekiranya Bahasa Melayu sebagai wacana ilmu diketepikan dan bahasa asing diangkat dan diagung-agungkan.

Komen Anda? 1
13 Jun

Ganyang Negara Thai! Selamatkan Patani!

darah syahid patani Ganyang Negara Thai! Selamatkan Patani!

Ganyang Thai! Ganyang Thai! Ganyang Thai! Inilah reaksi saya apabila melihat bahawa sekali lagi umat Islam Patani disembelih dengan begitu kejam oleh para penganut Buddha ini. Kali ini pembersihan etnik ini berlaku di sebuah masjid di Kampung Air Tempayan, selatan Negara Thai. Hati siapa yang tidak marah melihat kekejaman tentera Thai ini?

Saya menyeru agar kerajaan Malaysia mengambil tindakan dengan segera. Hantarkan rejimen Askar Melayu Diraja ke dalam wilayah Patani dan bebaskanlah ia daripada taklukan kerajaan negara Thai yang kejam ini! Ganyang Negara Thai, selamatkanlah umat Islam di Patani!

Incoming search terms:

  • kejam
  • patani
  • negara patani
  • air tempayan patani
  • Gambar keganasan Selatan Thai
Komen Anda? 4
10 Jun
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes