Pendapat Kritis

RSS Feed


  • ADUN PAS Pulau Pinang kembali ke rahmatullah

    Parti Islam Se-Malaysia

    Satu-satunya ADUN Pulau Pinang dari PAS, Datuk Hamdan Abdul Rahman, telah meninggal dunia di IJN pagi tadi. Ucapan takziah saya kepada keluarga Allahyarham. Nampaknya satu lagi pilihanraya kecil akan berlangsung di Pulau Pinang tidak lama lagi.

    Mengingat kembali kenyataan Najib mengenai pilihanraya kecil, adakah ini suatu petanda daripada Allah s.w.t. untuk menghukum keangkuhan tempoh hari?

    Komen Anda? 0
    31 Jul

    Ajal itu di tangan Tuhan

    Adakah saya kasihan dengan cara pemergiannya? Ya, memang saya kasihan.

    Adakah saya bersedih kerana dia sudah pergi? Tidak sama sekali.

    Mengapakah begitu? Tanyalah kepada Faisal Tehrani.

    Teg:
    Komen Anda? 0
    26 Jul

    Teoh Beng Hock

    Teoh Beng Hock

    Kematian mendiang Teoh Beng Hock bukan sahaja tragis, tetapi dalam keadaan yang penuh misteri. Apakah yang menyebabkan beliau “terjun” dari Tingkat 14 Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM negeri Selangor? Saya tidak fikir ia adalah isu bunuh diri. Saya yakin ada unsur khianat atau paksaan yang menyebabkan mendiang dijumpai dalam keadaan begitu.

    Atas dasar itu, saya menyokong penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes ini. Ini bukan sahaja isu untuk mendapatkan keadilan bagi mendiang dan keluarganya, tetapi juga menyentuh integriti dan kredibiliti SPRM sendiri dan rakyat Malaysia juga berhak untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Islam sendiri menganjurkan bahawa keadilan diberikan kepada semua pihak. Rujuk kembali kepada kisah Saidina Ali k.w.j. yang dicuri baju besinya oleh seorang Yahudi, tetapi kalah di dalam kes tersebut di dalam mahkamah (walaupun beliau seorang Khalifah) kerana tidak cukup bukti yang dikemukakan. Inilah contoh keadilan yang harus dicontohi oleh semua.

    Komen Anda? 2
    22 Jul

    Anak Pak Mat Top buat hal lagi

    Apa seharusnya menjadi reaksi saya kepada kejadian pengganas melibatkan pengeboman dua hotel di Jakarta baru-baru ini?

    Malaysia’s Noordin Mohd Top may be behind Jakarta blasts

    JAKARTA, July 19 — One of Asia’s most wanted terrorists, Noordin Mohammed Top, and his Jemaah Islamiah network are among the chief suspects behind the twin Jakarta hotel blasts that killed nine and injured 55, analysts say as Indonesian police sift through clues in the country’s 10th terrorist bombing.

    The elusive Malaysian-born Noordin is said to be in Cilacap, central Java, and analyst Sidney Jones said today the July 17 blasts is likely linked to the terrorist cell operating there.

    “From the modus operandi, this is clearly linked to Noordin Mohd Top,” the security ministry’s anti-terror desk chief, Ansyaad Mbai, was quoted as saying by state-run Antara news agency.

    “There are links to the Cilacap cell,” Jones told Indonesian broadcaster MetroTV.

    Memandangkan ia melibatkan rakyat dari negara kita, saya merasakan bahawa seharusnya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan mengenai akidah anak Pak Mat Top ini. Pada saya, tidak ada masalah untuk saya membuat kesimpulan bahawa beliau adalah seorang penjenayah dan tindakannya selama ini adalah jenayah yang boleh disabitkan hukuman hirabah ke atasnya. Firman Allah s.w.t.:

    Balasan orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas) atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. (Surah Al-Maa’idah, ayat 33)

    Komen Anda? 2
    19 Jul

    Syabas, Malaysia!

    Jika inilah mutu permainan yang ditunjukkan oleh pasukan bolasepak Malaysia, saya yakin dan menaruh harapan bahawa pasukan kebangsaan mampu menerajui bolasepak Asia seperti yang telah dilakukan oleh Ghani Minhat, Santokh Singh, Mokhtar Dahari dan Soh Chin Aun. Inilah caranya untuk bermain bolasepak!

    Soal kalah atau menang adalah soal kedua, yang penting ialah semangat berlawan yang telah ditunjukkan. Sama ada ini kekal menjadi ciri konsisten atau hanya untuk waktu ini, saya tidak dapat menjawabnya sehingga perlawanan kedua Manchester United lwn Malaysia pada Isnin ini.

    Komen Anda? 1
    19 Jul