Semakin lama berkempen, UMNO semakin tersepit. Apabila saya memikirkan bahawa UMNO tidak ada isu (perkauman) baru untuk dimainkan, timbul pula isu “baru” dari parti bersifat assabiyyah ini.

Saya hanya mampu menggeleng kepala melihat polemik “terbaru” ini daripada UMNO/BN. Sudah tidak ada taktik lainkah mereka ini untuk menarik sokongan para pengundi Manek Urai kepada mereka? Jika LKY bersalaman dengan TG Nik Aziz dianggap salah, maka siapakah yang beliau berjumpa di Putrajaya dan Ipoh tempoh hari?
Bekerjasama dengan UMNO? Oh, mustahil….mustahil. Tidak sama sekali!
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
14 Jul

Masihkah anda ingat dengan manusia ini? Ya, Zainuddin “Goblok” Maidin sudah kembali, kononnya untuk menulis dan menerbitkan buku memoirnya setelah “bersara” daripada politik (sebenarnya bukan bersara, beliau kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke-12 di kerusi Parlimen Sungai Petani).
Di dalam temubualnya dengan The Star, beliau menyatakan bahawa beliau mempelajari Bahasa Inggeris ketika berumur 17 tahun. Anda boleh mendengar sendiri kualiti penguasaannya di dalam bahasa tersebut di dalam video ini.
Selanjutnya…
13 Jul

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Saya amat bersyukur dan lega dengan keputusan Kementerian Pelajaran memansuhkan dasar PPSMI yang membinasakan dan menghancurkan masa depan rakyat Malaysia. Tiga bulan lepas, saya menyertai Himpunan 100 Ribu Gerakan Mansuhkan PPSMI di Masjid Negara dan berarak menuju ke Istana Negara. Walaupun saya tidak dapat sampai disebabkan halangan oleh Unit Simpanan Persekutuan (selain daripada ditembak gas pemedih mata), namun hasilnya sudah kita lihat pada hari ini.
Akhirnya penguasa yang angkuh sudah mahu mendengar. PPSMI yang langsung tidak menunjukkan sebarang kemajuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris (mahupun matapelajaran Sains dan Matematik) telah dimansuhkan. Mereka yang pro-PPSMI sudah gagal di dalam niat mereka untuk melemahkan dan melupuskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Perlembagaan Persekutuan!
Saya amat gembira dengan keputusan ini, saya akan melakukan tarian moonwalk untuk meraikan kejayaan pemansuhan dasar PPSMI.
Incoming search terms:
- dasar PPSMI DIMANSUHKAN
- kenapa ppsmi perlu dimansuhkan
- Mengapa PPSMI perlu dimansuhkan
- PPSMI perlu dimansuhkAN
- ppsmi dihapuskan
08 Jul