close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Ramadan tiba lagi

ramadan mubarak Ramadan tiba lagi

Saya ingin mengucapkan Ramadhan Mubarak kepada seluruh umat Islam, khususnya para pembaca blog ini. Bulan Ramadan kini sudah masuk pada hari yang keempat. Minta maaf kerana agak terlewat menyampaikan ucapan, disebabkan sibuk dengan urusan lain. Saya akan cuba mengemaskini blog ini sekerap yang mungkin.

Komen Anda? 2
26 Ogo

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia

ustaz asri rabbani 350x232 Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia

Ustaz Asri, vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani, telah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pagi tadi. Inna lillahi wa inna ilayhi ra’a ji’un.

Semoga Allah s.w.t. menempatkan beliau di kalangan mereka yang salih. Antara lagu-lagu yang saya dengari daripada Rabbani, saya paling menyukai lagu “Intifada”.

Incoming search terms:

  • nasyid rabbani perjuangan islam
Komen Anda? 4
13 Ogo

Melayu: Utusan Jangan Jadi Bacul

utusan meloya Melayu: Utusan Jangan Jadi Bacul

Bila sudah sampai ke penghujung nyawa, baru menggelupur hendak menjaga hak orang Melayu? DS Nizar yang memberikan hak milik tanah kepada kaum Cina selama 999 tahun menjadi isu? Yang kamu berikan gunung kepada taukey judi Genting bernama Lim Goh Tong, tidak mengapa? Yang kamu berikan bukit bernama Bukit Tinggi kat Vincent Tan, tidak mengapa? Yang kamu berikan satu pulau di Perak bernama Pangkor Laut kepada YTL, tidak mengapa? Yang kamu berikan Pulau Redang, Terengganu kepada Berjaya milik Vincent Tan, tidak apa?

Mereka ini semuanya Melayu ke? DS Nizar berikan tanah kepada penduduk Cina yang sudah tinggal berpuluh tahun untuk bercucuk tanam, itu yang kamu pertikaikan?

Hari ini kita lihat betapa orang UMNO beria-ia benar hendak mendapatkan sokongan orang Melayu. Orang UMNO menjadi terlalu obses untuk mendapatkan sokongan orang Melayu hanya kerana segelintir orang Melayu boleh diperbodoh-bodohkan, ditakut-takutkan dengan sentimen perkauman. Selama berpuluh-puluh tahun tidak pernah ambil kira nasib orang Melayu, baru sekarang menggelupur hendak menjaga hak orang Melayu.

Tapi Melayu yang ini sememangnya Melayu bacul. Hari ini merayu, merintih hendak mendapatkan sokongan orang Melayu dan sanggup menyepak terajang bangsa-bangsa lain. Bila sudah dekat pilihanraya nanti, percaya atau tidak kita akan melihat golongan Melayu tidak bermaruah ini jugalah yang akan tunduk, melutut dan merayu supaya bangsa-bangsa lain terus mengundi mereka.

Jadi persoalannya sekarang…siapakah yang benar-benar bacul?

Incoming search terms:

  • kenapa beri bukit dan gunung kepada kaum cina
Komen Anda? 0
05 Ogo

Kawalan Ratu

rosmah ratu 350x210 Kawalan Ratu

Anda mahu bukti bahawa Perdana Menteri sekarang seorang lelaki yang dikawal oleh “ratunya”? Tidak perlu berfikir panjang, sila lihat laman web ini.

Perhatikan betul-betul laman web apakah yang dipergunakan untuk mempromosi maharani agung ini.

Komen Anda? 2
04 Ogo

Demonstrasi adalah suara rakyat

Tahniah dan syabas kepada wira-wira negara yang berhimpun semalam di Kuala Lumpur untuk menyatakan bantahan secara terbuka terhadap kezaliman ISA. Malangnya saya tidak dapat menyertai disebabkan hal peribadi, namun saya berpendirian bahawa demonstrasi adalah sebahagian daripada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara.

Incoming search terms:

  • demonstrasi adalah kebebasan
Komen Anda? 3
02 Ogo
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes