close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Mari mengira wang cara penyamun

Setiap kali melihat babak filem ini, boleh tergelak dibuatnya.

Komen Anda? 0
24 Nov

Ringkasan berita

Saya meminta maaf kerana tidak mengemaskini blog ini sejak sekian lama. Ini kerana saya sedang membina dua laman web direktori baru, Deques dan Tefra!. Kesibukan ini menyebabkan saya kurang memberikan perhatian kepada tugasan saya sebagai seorang pemblog dan aktivis Muslim, dan saya tahu saya memang bersalah di dalam hal ini.

Komen Anda? 0
21 Nov

Betulkah Wahabi ini sesat?

Tergelak saya apabila membaca “senarai” petanda-petanda seseorang itu adalah Wahabi dan fahaman “Wahabi” secara umumnya.

Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:

# Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah
# Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)
# Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias
# Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)
# Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w
# Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik
# Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya
# Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain
# Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya
# Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh
# Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah
# Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w
# Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja
# Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang
# Amalan tariqah dilarang sama sekali
# Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras

Membaca senarai ini, ia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:

1. Benar: Amalan itu memang diamalkan oleh Wahabi dan ia memang adalah benar tanpa apa-apa perselisihan.
2. Salah: Amalan itu memang diamalkan oleh Wahabi dan memang ia adalah amalan yang salah di sisi agama
3. Khilafiah: Perkara yang diperselisihkan oleh para ulama.
4. Salah faham: Golongan Wahabi tidak pun beramal dengan perkara berkenaan.

Kebanyakan daripada amalan-amalan yang disenaraikan di atas tergolong sama ada di dalam Kategori 1 ataupun Kategori 4. Tetapi saya amat pelik dengan polemik “Wahabi sesat” yang dimainkan muktakhir ini. Apakah mereka yang menuduh bahawa “Wahabi” itu sesat tidak sedar bahawa kedua-dua Tanah Haram (Makkah dan Madinah) dikuasai oleh ulama “Wahabi”? Maka, secara implikasinya, adakah mereka sedang menyatakan bahawa Makkah dan Madinah itu sedang diperintah oleh orang-orang yang sesat dan kafir?

Incoming search terms:

  • wahabi sesat
  • apakah wahabi sesat
  • adakah wahabi sesat
  • mazhab wahabi
  • mazhab di mekah
Komen Anda? 26
11 Nov

Kali pertama

Umur kakak sudah hampir senja. Lansia kata orang. Itu yang paling emak bimbang. Sampai sekarang pun kakak masih tidak ketemu dengan orang yang sesuai dengannya. Bukan kakak tak pernah mengatur janji temu dengan orang yang dia berkenan. Bukan sekali, bukan dua, malah sudah berpuluh kali tapi semuanya tidak berakhir dengan hari bahagia yang kakak diharapkan. Cuba beberapa kali dan asyik gagal, kakak jadi serik dan terus-terusan menderita hinggalah emak ambil keputusan untuk campur tangan.

Emak tidak sanggup melihat kakak berduka lagi. Emak tidak sanggup tengok kakak menangis lagi malam-malam. Emak mahu kakak bahagia. Emak tahu bagaimana kakak rasa kerana emak pernah lalui zaman itu. Sudahnya, bila lelaki-lelaki kacak lagi muda yang kakak sering jumpa itu
tidak mampu untuk menjanjikan hari bahagia buat kakak, emak ambil keputusan untuk temukan kakak dengan kawan emak.

Orang kata emak sudah hilang akal. Kawan emak itu sebaya dengan emak. Dia kawan rapat emak dan abah ketika menuntut di Kanada dulu. Kalau difikirkan, dia lebih sesuai untuk emak yang kini sudah menjanda sejak abah pulang ke Rahmatullah lima tahun dulu, tapi emak tetap mahukan dia ditemukan dengan kakak. Kata emak, emak sudah tahu hati budi dia. Sudah kenal benar dengan dia jadi emak pasti, dia tak akan mensia-siakan kakak. Kakak pasti tidak akan berduka lagi. Kakak tidak akan dura lagi dalam mengenangkan hari-hari yang mendatang dengan usia yang kian memanjat. Kakak pasti akan temui hari bahagia.

Selanjutnya…

Incoming search terms:

  • kali pertama
  • pertama kali
  • kali pertama main
  • pertama kali main
  • sakitkah malam pertama
Komen Anda? 0
08 Nov

Adik saya selamat melahirkan

Akhirnya pada lebih kurang pukul 2.15 pagi tadi, adik saya telah selamat melahirkan bayi lelakinya. Walaupun terpaksa menjalani pembedahan Caeseran, anak saudara saya telah dilahirkan dengan selamatnya.

Saya sudah menjadi seorang pakcik!

baby esze Adik saya selamat melahirkan

Komen Anda? 1
08 Nov
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes