close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Perutusan Bersama MPF/IRF Berhubung Kemelut Kes Dr Asri

Tangkapan mantan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor semasa beliau berada di dalam majlis yang tertutup di sebuah kawasan perumahan pada 1 November kembali menimbulkan persoalan tentang kebebasan intelektual di Malaysia berkaitan dengan agama Islam.

Alasan yang dikemukakan oleh JAIS bahawa Dr. Asri tidak memiliki tauliah daripada JAIS untuk mengajar agama memperlihatkan percanggahan daripada prinsip kebebasan intelektual yang tercatat di dalam sejarah Islam. Dalam masa yang sama, ia juga menjadi senjata dan bahan bagi pengkritik JAIS selama ini untuk memperlihatkan bahawa JAIS tidak lebih daripada hanya perkakas dan alat segelintir tokoh-tokoh agama yang berkehendak untuk memaksa orang lain agar mengikut pandangan dan pendapat mereka semata. Dengan menyerbu satu majlis agama yang dikendalikan oleh seorang tokoh yang pernah menjadi Mufti kerajaan negeri dan seorang yang sekurang-kurangnya memiliki kelayakan akademik untuk menjelaskan ajaran Islam, tindakan JAIS ini hanya menzahirkan bahawa institusi itu tidak bersedia dan berkemampuan untuk berhujah dengan pengkritiknya di pentas intelektual dan terpaksa beralih kepada penggunaaan kuasa kekerasan.

Selanjutnya…

Incoming search terms:

  • maksud kemelut
  • maksud irf
Komen Anda? 1
05 Nov

Pendedahan mengenai golongan Al-Ahbash sesat

Ustaz Rasul Dahri menerangkan secara mendalam mengenai kumpulan heterodoks Al-Ahbash yang jelas kesesatan mereka dan kecenderungan untuk mengkafirkan para ulama Islam tersohor seperti Nasiruddin al-Albani, Sheikhul Islam Ibn Taymiyyah dan Sheikhul Islam Muhammad ibn Abd Wahhab.

Incoming search terms:

  • golongan ahbash
  • ahbash sesat
  • golongan al-ahbash
  • al ahbash
  • al-ahbash
Komen Anda? 0
05 Nov

Dr. Asri jawab tuduhan sijil palsu

Video ini dengan jelasnya menunjukkan kredibiliti Dr. Asri Zainul Abidin setelah difitnah oleh seorang pengikut al-Ahbash dari JAKIM.

Komen Anda? 0
05 Nov

Dr. Asri ditahan, apakah sebabnya?

dr asri ditangkap Dr. Asri ditahan, apakah sebabnya?

Alasan JAIS menahan Dr. Asri, bekas Mufti kerajaan negeri Perlis, atas sebab beliau tidak mempunyai “tauliah” untuk mengajar agama di Selangor adalah satu alasan yang, pada saya, amat naif dan dibuat-buat. Kita maklum bahawa baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama PAS Dato’ Harun Taib telah pergi berjumpa dengan beliau di rumahnya dan berita menyatakan bahawa tujuannya adalah untuk mengajak Dr. Asri menyertai PAS. Tindakan JAIS menahan Dr. Asri tidak sampai beberapa hari selepas pertemuan ini menaruh syak dalam diri saya bahawa tindakan ini bermotifkan politik.

Selanjutnya…

Incoming search terms:

  • dr asri
  • dr asri ditangkap
  • Apa sebabnya ditangkap basah?
  • dr asri ditangkap 2011
  • kenapa asri bekas mufti
Komen Anda? 0
03 Nov
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes