Akhirnya masalah pada pengiraan jumlah ulasan pada blog ini bagi setiap posting telah diperbetulkan. Saya sendiri tidak pasti apakah punca masalahnya tetapi yang penting sekarang adalah blog ini telah berfungsi seperti asal. Terima kasih kepada saudara Naif Amoodi dari India yang telah menyelesaikan kemelut pada WordPress ini.
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
Walaupun keputusan mahkamah tidak memihak kepada Pakatan Rakyat, namun semangat yang ditunjukkan pada pagi sebelum hakim-hakim membaca keputusan amatlah membanggakan. Jelas bahawa para penyokong yang hadir memberikan bai’ah kepada DS Nizar tidaklah disogok dengan wang RM20, tidak seperti pihak yang di sebelah sana.
Pagi tadi saya mendapat “berita gembira” daripada pihak YouTube yang telah melupuskan profil palsu YouTube yang meniru butiran diri saya. Pengacau yang tidak dikenali ini juga telah membuat satu profil palsu di Twitter, dan saya sedang berkomunikasi dengan mereka untuk memberikan kembali profil ini kepada saya, ataupun sekurang-kurangnya melupuskan profil palsu ini juga.
Dengan kejayaan menyahkan profil palsu YouTube ini, maka saya berharap pihak Twitter juga akan melakukan hal yang sama. Langkah seterusnya, saya akan cuba mendapatkan butiran sebenar tentang siapakah pengacau yang memulakan permasalahan ini.
Ini reaksi saya apabila mendapat tahu keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes “MB lwn MB”.
Jadi si Mamak MB itu telah berjaya dalam rampasan kuasa menjatuhkan Menteri Besar Perak yang sah. Dengan memperkudakan Mahkamah Persekutuan, beliau telah berjaya menidakkan hak rakyat Perak dalam menentukan pemimpin mereka dan meludah ke atas kertas undi yang dipangkah oleh rakyat. Namun, tahniah kita harus ucapkan kepada para juak-juak UMNO. Bukan kerana kudeta mereka, tetapi kerana telah berjaya menukar nama mereka daripada “United Malays National Organisation” kepada “United Mamak National Organisation”.
Ya, sedarlah bahawa anda sebenarnya telah menjatuhkan seorang pemimpin Melayu dan menggantikkannya dengan seorang Mamak kutty, teh tarik satu!