close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Remaja 15 tahun ditembak mati oleh polis

aminulrasyid amzah Remaja 15 tahun ditembak mati oleh polis

Kejamnya polis Malaysia! Itulah yang terlintas di fikiran saya apabila membaca berita seorang remaja berumur 15 tahun ditembak mati oleh polis di Shah Alam dua hari lepas. Apa yang saya amati, remaja tersebut telah membawa keretanya dengan laju selepas insiden kecil tergesel dengan sebuah kereta mewah. Allahyarham mungkin takut bahawa kejadian ini akan menimbulkan masalah baginya sebab beliau membawa kereta tanpa lesen. Dalam peristiwa tersebut, sebuah kereta peronda telah melihat kereta tersebut lari daripada tempat kejadian, lalu mengejarnya dan melepaskan tembakan tanpa siasatan.

Takziah saya ucapkan buat keluarga Allahyarham di atas kehilangan anak bongsu mereka. Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya polis tidak melepaskan tembakan dengan membuta-tuli sahaja.

C013EF143F4BD03739DF8D1D3BBA4647 Remaja 15 tahun ditembak mati oleh polis

Komen Anda? 0
30 Apr

Walimatul urus

walimatul urus Walimatul urus

Sesiapa yang mengenali saya dijemput hadir ke majlis perkahwinan saya, yang akan berlangsung dalam tempoh tiga minggu lagi. Pernikahan saya dengan si dia akan berlangsung Sabtu ini (1 Mei 2010).

C013EF143F4BD03739DF8D1D3BBA4647 Walimatul urus

Incoming search terms:

  • walimatul urus
  • walimatulurus
Komen Anda? 2
25 Apr

Qunut

Video yang kelakar tetapi juga yang “makan dalam” maksudnya. Inilah akibatnya kalau jahil dalam beragama, sehinggakan doa qunut pun tidak tahu! icon mrgreen Qunut

Teg: , , ,
Komen Anda? 0
17 Apr

Katak yang melompat

Kadang-kadang yang datang,
angin malam membawa salam.
kadang-kadang pula yang tiba gerimis,
salah waktu dipucuk malam ,
mana mungkin pelangi.

Kadang-kadang cuma nyanyi pungguk,
merajuk bulannya entah di mana menyorok.
apa pun juga aku sudah biasa,
meredah gelita malam yang angkuh begini.

Ku tunggu pagi bas datang dari pekan
membawa akhbar harian:
Berita betapa satu demi satu,
si anak gampang mengkhianati amanah,
berlompatan melintas sempadan,
dengan berbagai alasan
yang amat meloyakan.

Hei pelacur pukimak,
janganlah memperkonon kami.
kami tahu sekarang,
kamu sudah jadi jutawan mee maggie,
menjual undi yang kami sedekahkan padamu.

Wahai anak gampang,
Tak tahukah engkau,
bahawa laknat Allah menantimu
Allahu Akhbar!

sipolan Katak yang melompat

Incoming search terms:

  • katak yang angkuh
Teg: ,
Komen Anda? 0
16 Apr

3, 2, 1APCO!

Komen Anda? 0
09 Apr
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes