close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Twitter sebagai alat penyebaran dakwah

twitter tips for bloggers Twitter sebagai alat penyebaran dakwah

Pada mulanya saya tidak berapa mengambil tahu tentang jaringan sosial ini. Tetapi sejak saya mendaftar akaun untuk Twitter beberapa bulan lepas, saya telah mula sedar bahawa Twitter adalah sebuah aplikasi yang menarik dan pantas untuk menghantar mesej dan berita kemaskini kepada mereka yang melanggan pada akaun saya.

Konsepnya amat mudah: cuma daftarkan akaun Twitter anda dengan username pilihan anda, selepas itu anda war-warkan atau tambahkan seberapa ramai pengikut (followers) kepada akaun Twitter anda. Kemudian anda teruskan kepada kemaskini pendek Twitter, sama ada menggunakan servis Twitter di laman web mereka, atau pun aplikasi Twitter daripada pihak ketiga seperti Twhirl, contohnya. Sekiranya anda membuat kemaskini yang menarik, tentunya akan ada yang akan menjadi follower kepada akaun anda, malah anda boleh menarik trafik ke blog anda sekiranya anda mempunyai jumlah pengikut yang ramai.

Selanjutnya…

Incoming search terms:

  • alat dakwah
Komen Anda? 1
05 Apr

Google PR adalah ego seorang pemblog

googlepr Google PR adalah ego seorang pemblog

Akhirnya kemaskini Google PageRank (PR) telah kembali lagi dan alhamdulillah, blog ini telah mendapat PR3, suatu pencapaian yang membanggakan setelah pemindahan blog ini daripada menj.org ke domain yang baru, ibnjuferi.org, dilaksanakan. Di dalam dunia internet, Google PageRank merupakan perkara yang sangat penting bagi seorang pemblog, kerana ia menentukan sama ada blognya hidup ataupun “nyawa-nyawa ikan” sahaja. Google PR adalah hasil teknologi Google yang dicapai apabila blog anda dipautkan daripada blog-blog yang lain. Lebih banyak blog yang membuat pautan kepada anda, lebih tinggilah Google PR anda dan blog anda akan mengatasi blog-blog lain untuk topik sasaran (niche) anda.

Selanjutnya…

Komen Anda? 1
05 Apr

Din Beramboi kembali ke rahmatullah

Inna lillahi wa inna ilayhi ra’ajiun. Allahyarham adalah seorang penyampai radio dan selebriti yang terkenal. Beliau meninggal dengan mengejut, setelah dimasukkan ke wad ICU sejak dua hari yang lepas disebabkan denggi berdarah. Ini disahkan oleh portal berita mStar dan juga rakan blogger saya, Rohaizad.

Al-Fatihah and ucapan takziah saya tujukan kepada keluarga beliau. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui maut.

Komen Anda? 0
02 Apr
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes