close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Himpunan BERSIH 2.0

Saya akan menghadirkan diri untuk menyertai himpunan ini bagi menuntut pilihanraya yang bebas dan adil. Anda bagaimana?

Teg:
Komen Anda? 0
26 Jun

Lagu rasmi BERSIH 2.0?

Apa signifikasinya lagu ini? Akan diberitahu tidak lama lagi.

Teg:
Komen Anda? 0
23 Jun

Barang Naik (BN) sudah tidak mampu memerintah negara!

Barisan Nasional sudah bangkrap idea untuk meningkat taraf hidup rakyat. Mereka hanya pandai tarik subsidi, tingkatkan cukai dan kenakan bayaran-bayarn yang menindas hidup rakyat Malaysia.

Komen Anda? 1
08 Jun

Maharaja Lawak – Minggu 8 – Jozan

Antara skit jenaka paling kelakar yang saya tonton dalam siri Maharaja Lawak sebelum minggu penyingkiran, daripada kumpulan Jozan.

Komen Anda? 0
08 Jun

Aflin Shauki – Kantoi Whatever

Afdlin Shauki menyanyikan semula lagu Zee Avi, “Kantoi” dengan caranya yang tersendiri.

Komen Anda? 0
07 Jun

Ya, saya suka sangat Utusan Malaysia!

mata ke atas tangan di dada Ya, saya suka sangat Utusan Malaysia!

Ya, saya suka benar apabila Utusan Malaysia mengkritik pemilihan PAS sambil mendakwa bahawa parti sudah dikuasai oleh mereka yang pro-Anwar! Betullah apa yang Utusan Malaysia cakapkan itu, yang PAS sudah diperkudakan oleh DAP dan DAP diperkudakan oleh PAS. Memanglah selama ini Utusan Malaysia sangat prihatin dan terlalu amatlah menyokong usaha-usaha PAS selama ini untuk mendokong dan menegakkan Islam di muka bumi Malaysia. Saya amat menyanjung tinggi sidang pengarang Utusan Malaysia yang memberi amaran keras kepada ahli-ahli PAS, bahawa parti itu sudah hilang matlamat perjuangan dan sudah menyingkirkan konsep “kepimpinan ulama” daripada parti. Maka saya amat-amatlah berharap agar Utusan Malaysia meneruskan usaha melaporkan berita-berita mutakhir, terkini dan sensasi di dalam dan di luar PAS agar ahli-ahli PAS tahu dan sedar tentang apa yang sedang berlaku di dalam parti.*

* Semua ini ditulis dalam keadaan Mata Pandang Ke Atas, Tangan Di Dada.

Komen Anda? 0
05 Jun

Kelab Isteri Taat ada agenda apa?

Pada luarannya ia kelihatan seperti suatu usaha yang baik, kerana ia bertujuan untuk memupuk agar seorang isteri taat kepada suami. Tetapi apabila diselidiki, rupa-rupanya “kelab” ini diasaskan oleh Global Ikhwan Sdn. Bhd., yang diketahui umum sebagai kumpulan “serpihan” daripada gerakan Al-Arqam yang telah diharamkan. Seperti “Kelab Poligami” yang juga diasaskan oleh mereka, saya merasakan bahawa tujuan kelab-kelab seperti ini ditubuhkan adalah untuk menanam sikap taksub pada para pimpinan yang merupakan bekas para anggota Al-Arqam juga. Maka berhati-hatilah dengan “kelab-kelab” ini, kerana tentunya mereka ada agenda tersendiri untuk menyesatkan umat Islam!

Incoming search terms:

  • Kelab Isteri Taat
  • global ikhwan kelab isteri taat
  • kelab isteri taat suami
  • www kelab isteri
Komen Anda? 0
05 Jun

Mat Sabu adalah Timbalan Presiden PAS yang baru

Walaupun saya merasakan bahawa Ustaz Nasha lebih layak untuk menjadi Timbalan Presiden pada masa ini, namun kemenangan Mat Sabu semestinya menjadi mimpi ngeri buat UMNO yang sering mencuba melaga-lagakan para pimpinan PAS yang kononnya “menyokong” konsep kepimpinan ulama di dalam PAS. Bagi saya, tidak wujud pertentangan antara kumpulan ulama dan kumpulan profesional di dalam PAS, kerana kedua-duanya ingin mencapai matlamat yang sama dalam gerakan Islam.

Selanjutnya…

Komen Anda? 0
04 Jun
Get Adobe Flash player