close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Satu jiwa sokong Malaysia, Singapura dibunuh sahaja!

Malam ini adalah pertembungan kedua dan saya kira “match of the year” antara Harimau Malaya menentang pasukan Singapura(-pura) yang dibarisi para pemain import. Kita mendoakan agar kejayaan mengiringi Harimau Malaya dan pasukan bolasepak kebangsaan akan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia nanti, insya’ Allah. Teruskan perjuangan sehingga wisel menandakan tamatnya perlawanan ditiupkan!

Komen Anda? 0
28 Jul

Keputusan Harimau Malaya menentang Singapura

harimau malaya battle Keputusan Harimau Malaya menentang Singapura

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Daripada isu sosio-politik, kita tinggalkan sebentar dan beralih pula ke topik sukan, iaitu yang melibatkan pasukan bolasepak kebangsaan kita yang menentang Singapura(-pura) bagi perlawanan pertama malam tadi, untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2012. Keputusannya adalah Malaysia 3 Singapura 5.

Secara jujurnya saya memang tidak berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan barisan pertahanan negara. Ia terlalu senang sangat dibolosi, terutamanya oleh pemain perut boroi mereka Qiu Li dan juga kuda tua Aleksandar Duric. Malah, kehadiran para pemain “Awang Import” Singapurapura (yang bukannya singa tulen) jelas mendominasi permainan mereka dan pemain-pemain tempatan mereka tenggelam dalam permainan.

Secara keseluruhannya, pasukan Singapurapura bukanlah terlalu bagus sangat. Yang sebetulnya, kemenangan Singapurapura ini bukannya disebabkan mereka bagus bermain, tetapi disebabkan kelalaian barisan pertahanan kebangsaan yang “menghadiahkan” kemenangan ini kepada mereka. Permainan Sarbinee Alawee sebagai penjaga gol begitu mengecewakan sekali, malah saya amat-amatlah berharap agar beliau digantikan sahaja dengan Khairul “Apek” Fahmi Che Mat.

Selanjutnya…

Incoming search terms:

  • harimau malaya logo
  • logo harimau malaya
  • gambar pemain harimau malaya
Komen Anda? 2
24 Jul

A. Samad Said: “Apa namanya ini?”

Salut dan tabik hormat kepada Sasterawan Negara A. Samad Said kerana pendirian dan prinsip perjuangannya yang begitu berani dan tegas dalam menghadapi anjing-anjing kerajaan untuk menghantar memorandum BERSIH 2.0 tempoh hari.

Komen Anda? 1
11 Jul

Mengapa perlu sokong BERSIH 2.0?

bersih20 Mengapa perlu sokong BERSIH 2.0?

Untuk mereka yang melolong di luar sana, ini adalah sebab-sebab mengapa kita menyokong BERSIH 2.0:

  • Bersihkan senarai undi
  • Mereformasikan undi pos
  • Gunakan dakwat kekal
  • Akses media yang bebas dan adil
  • Masa berkempen minima 21 hari
  • Kukuhkan institusi awam
  • Hentikan rasuah
  • Hentikan politik kotor
Teg:
Komen Anda? 0
10 Jul

Julai 9, ada aku kisah?

Sesuai untuk tontonan mereka yang bersikap neutral atau acuh tidak acuh dengan gerakan mereformasikan pilihanraya, BERSIH 2.0.

Teg:
Komen Anda? 1
08 Jul

Betulkah demonstrasi itu haram?

Pada saya, ada usaha tersusun oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melarang sesiapa pun daripada menyertai demonstrasi aman, dengan mempergunakan pelbagai alasan seperti “haram”, “menjejaskan keamanan” dan sebagainya. Semua ini adalah alasan-alasan dangkal. Dahulu, semasa Malayan Union mula diperkenalkan dan ditentang oleh puak-puak ini, bukankah mereka juga menyertai demonstrasi?

umnodemonstrasijuga Betulkah demonstrasi itu haram?

Mengapa sekarang ia menjadi “haram” sedangkan dahulunya ia “halal”?

Komen Anda? 0
03 Jul
Get Adobe Flash player