Pendapat Kritis

RSS Feed

PAS bantah kenyataan Karpal

PAS membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Karpal Singh yang meminta parti yang berasaskan kaum dan agama tidak boleh dibenarkan dan menganggap ianya serius dan membahayakan.

PAS sangat kesal dengan kenyataan yang tidak berasas ini, yang memperlihatkan betapa Karpal gagal dalam memahami perjuangan PAS. Apakah bahaya perjuangan PAS bagi masyarakat majmuk di Malaysia?

Nilailah sendiri pada PAS yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada tahun 1999 dan Kedah pada 2008 dari segi perpaduan kaum dan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim. Apakah ada golongan bukan Islam yang disisihkan? Karpal sepatutnya mengemukakan fakta bukan mengeluarkan kata-kata ikut sedap hati.

Kenyataan begini tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat dalam suasana rakyat menolak BN dan mulai yakin dengan kepimpinan PR. Beliau sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejeskan hubungan baik dalam PR serta sokongan rakyat selama ini.

Kenyataan sebegini juga merugikan DAP secara amnya. PAS menyerahkan kepada kepimpinan DAP untuk mengambil tindakan berhubung kenyataan tersebut.

Atas nama parti, PAS membantah keras kenyataan beliau.

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
6hb Nov 2013

Komen Anda? 0
06 Nov

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.

Get Adobe Flash player