close button


Exit

Pendapat Kritis

RSS Feed

Bukti bahawa fobia Meleis terhadap anjing tidak berasas

anjing

Gambar ini diambil selepas perbicaraan tentang masalah najis anjing. Yang duduk di sebelah kanan sekali ialah Haji Wan Musa, Yang Teramat Mulia Raja Kelantan, Yang Mulia Haji Abbas Toha, Kadi Besar Singapura; dan Haji Nik Muhammad Sidqi Haji Wan Musa.

Yang berdiri di sebelah kanan sekali ialah Yang Mulia Tengku Chik, Yang Mulia Doktor Burhanuddin Al-Hilmi, Yang Berhormat Datuk Seri Diraja Kelantan dan Nik Mahmud.

Komen Anda? 0
22 Okt

Bagaimana manusia bahlul ini layak menjadi Menteri?

Bacalah petikan berita di bawah dan gunakanlah akal yang waras untuk menuju pada konklusi yang tepat:

Hasan: Bersyukurlah, bukan protes
Kow Gah Chie | 4:15PM Oct 2, 2014

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata rakyat sepatutnya bersyukur dengan tindakan kerajaan dan bukannya mengadakan bantahan ke atas kenaikan harga bahan api.

Jelasnya, rakyat sepatutnya bersyukur dengan langkah penjimatan seperti usaha membanteras penyeludupan bahan api bersubsidi.

Hasan berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau menjangkakan bantahan ke atas kenaikan 20 sen seliter untuk petrol RON95 dan diesel.

“Itu hak merekalah (untuk buat bantahan), kita di kementerian akan jalankan tugas.

“Ops Titik (banteras penyeludupan) yang kita buat ini telah menyelamatkan banyak wang negara. Anda semua patut (ucap) tahniah.

“Budaya kita kita kena ubah balik kepada budaya menghormati pemimpin, menghormati negara dan bersyukur dengan apa kejayaan kita,” katanya.

Berita dipetik daripada Malaysiakini.

Komen Anda? 0
02 Okt
Get Adobe Flash player