Adakah yoga dibenarkan di dalam Islam?

Nampaknya sudah riuh satu Malaya apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengumumkan bahawa fatwa sama ada Islam membenarkan yoga atau tidak akan dikeluarkan tidak lama lagi. Malangnya, apabila persoalan yang melibatkan akidah umat Islam hendak diselesaikan, mulalah musuh-musuh Islam dari kiri dan kanan mengeluarkan “fatwa” mereka sendiri, seolah-oleh merekalah yang layak bertindak sebagai undang-undang, hakim dan juri, semuanya dalam satu! Lebih lucu lagi apabila golongan Islam Liberal melabelkan perkara ini sebagai “Fatwa-titis”. Saya ingin menghujat mereka dengan menyatakan bahawa merekalah yang sebenarnya dihinggapi penyakit Munafik-titis dan golongan yang selama ini menjadi duri dalam daging bagi umat Islam seantero dunia sejak sekian lamanya.
Kembali kepada persoalan pokok, adakah yoga itu haram? Saya yakin bahawa sesiapa yang mengetahui akidah Islam dengan mendalam boleh menjawab soalan ini dengan mudah. Sebenarnya isu mengenai yoga ini bukanlah baru. Sudah ada pihak yang mengeluarkan fatwa mengenai yoga yang kebetulan saya terjumpa di internet, iaitu Islamonline.net yang dikendalikan oleh Sheikh Yusuf al-Qaradawi. Saya perturunkan fatwa mengenai yoga yang telah dikeluarkan oleh laman web ini.
Is Yoga permissible or not?
Answer: Wa`alykum As-Salaamu wa Rahmatullahi wa Barakaatuh.
In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.
Dear brother in Islam, we would like to thank you for showing keenness on knowing the teachings of Islam, and we appreciate the great confidence you have in us. We hope our efforts meet your expectations.
With regard to your question, Sports are basically Halal and permitted in Islam as long as they do not encompass forbidden acts. As for Yoga, it contains certain religious rituals aiming at educating and disciplining the soul. Moreover, those who practice it claim that there is a spiritual contact between them and some hidden spirits in which they themselves believe. Given all this, practicing Yoga by Muslims is Haram.
Nah, sudah terjawab bukan? Jadi apa yang golongan Munafik-titis hendak membangkang lagi?
Tulisan yang berkaitan....
Anak Pak Mat Top buat hal lagi

ooo..haram rupernyer…Mungkin ramai yang tak tau….saper yang ke blog ini mungkin dapat jawapannyer…rasernyer bender perlu di bawa ke tengah…supaya ianya tak lagi di terus oleh orang muslimmm
Komen ditulis oleh chuckiesd — November 1, 2008 @ 12:06 pm
Saya sudah lama merasakan sesuatu tentang yoga ini, cara pengamalannya seperti ritual, cara terbaik untuk umat Islam ialah dgn cara berzikir.
Komen ditulis oleh ezad — November 3, 2008 @ 10:14 am