Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia
Baru mendapat berita bahawa ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS telah kembali rahmatullah. Inna lillahi wa inna ilayhi ra’a ji’un. Ucapan takziah saya kepada keluarga dan rakan-rakan beliau di atas pemergiannya.
Namun saya melihat ini ada hikmah di sebaliknya. Jika sebelum ini PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1,566 undi, saya teramat yakin bahawa kali ini PAS boleh mendapat kerusi ini dengan majoriti yang sepuluh kali ganda daripada itu. Malah tidak mustahil, apabila kita mengambil kira kemarahan rakyat Perak atas kejadian rampasan kuasa kerajaan negeri baru-baru ini, bahawa calon BN akan hilang wang pertaruhan.
09 Feb

Tiada komen »
Tiada komen yang ditinggalkan.
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URL Jejak Balik
Tinggalkan komen anda
Mahukan gambar di sebelah komen anda? Daftar secara percuma di Gravatar.com.