close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Anak Pak Mat Top buat hal lagi

Apa seharusnya menjadi reaksi saya kepada kejadian pengganas melibatkan pengeboman dua hotel di Jakarta baru-baru ini?

Malaysia’s Noordin Mohd Top may be behind Jakarta blasts

JAKARTA, July 19 — One of Asia’s most wanted terrorists, Noordin Mohammed Top, and his Jemaah Islamiah network are among the chief suspects behind the twin Jakarta hotel blasts that killed nine and injured 55, analysts say as Indonesian police sift through clues in the country’s 10th terrorist bombing.

The elusive Malaysian-born Noordin is said to be in Cilacap, central Java, and analyst Sidney Jones said today the July 17 blasts is likely linked to the terrorist cell operating there.

“From the modus operandi, this is clearly linked to Noordin Mohd Top,” the security ministry’s anti-terror desk chief, Ansyaad Mbai, was quoted as saying by state-run Antara news agency.

“There are links to the Cilacap cell,” Jones told Indonesian broadcaster MetroTV.

Memandangkan ia melibatkan rakyat dari negara kita, saya merasakan bahawa seharusnya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan mengenai akidah anak Pak Mat Top ini. Pada saya, tidak ada masalah untuk saya membuat kesimpulan bahawa beliau adalah seorang penjenayah dan tindakannya selama ini adalah jenayah yang boleh disabitkan hukuman hirabah ke atasnya. Firman Allah s.w.t.:

Balasan orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas) atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. (Surah Al-Maa’idah, ayat 33)

19 Jul

2 komen »

  1. Salam. Ikhtikad orang yang anda panggil pengganas ini (adakah anda pun macam yahudi dan nasrani jugak?) amat jelas…fisabillah .musuh Islam berada di bumi Islam sendiri.Mungkin dikalangan orang Islam sendiri menjadi pengikutnya dajjal…Kita yang tidak berani untuk berfisabillah (kalu mati,anak bini sapa nak jaga?)ini janganlah mudah terpedaya dgn dahyah yahudi dan nasrani itu… Majoriti orang Islam macam saudara yang ada pada dulu,kini lah yang menyebabkan Islam mundur dari segala segi…JIhad ekonomi? belum cukup…Menggangu Negara Indonesia? kenapa? saudara ada banyak PATI atau saudara mara yang berasal dari sana?Saudara sebenarnya adalah penderhaka kepada bumi ibu saya ,Malaysia. Adakah beliau memerangi Allah dan Rasulnya?Bahaya kesimpulan yang telah saudara nyatakan itu.

    Komen ditulis oleh Major Hazard — Februari 3, 2010 @ 3:33 pm

  2. Sebenarnya manusia seperti andalah yang merupakan “musuh dalam selimut” kepada gerakan Islam dan para pejuang Islam tulen yang benar-benar mahu menegakkan negara hukum berasaskan Islam. Siapakah anda untuk mengetahui hati-hati manusia atau niat mereka? Bukankah jalan terbaik adalah berdakwah dan istiqamah menyebarkan dan memberikan penerangan tentang Islam, bukannya membunuh orang kafir dan orang Islam secara sembrono sahaja?

    Tidak ada langsung di dalam al-Qur’an atau Hadis yang menyatakan bahawa hirabah adalah digalakkan dalam agama atau dikira sebagai “jihad”. Malah ia adalah suatu perlakuan jenayah yang zalim dan pelakunya wajar dihukum dengan sekeras-kerasnya.

    Komen ditulis oleh menj — Februari 3, 2010 @ 7:41 pm

Tinggalkan komen anda

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes