Pendapat Kritis

RSS Feed


Antara kegawatan Gaza dan keganasan Israel

perang gaza jan5 Antara kegawatan Gaza dan keganasan Israel

Memang perasaan sedih dan marah melanda diri saya apabila melihat keadaan rakyat Palestin di wilayah Genting Gaza yang kini sedang dicerobohi tentera negara haram Israel itu. Jumlah angka kematian sudah meningkat kepada lebih daripada 400 orang! Ini sudah boleh ditakrifkan sebagai suatu genocide, pembunuhan etnik secara terancang. Sekiranya ini berlaku di Eropah atau Amerika Syarikat, dunia sudah mula mengambil tindakan terhadap dalang yang bertanggungjawab melakukannya. Tetapi sehingga kini, tiada sekatan ekonomi atau pemulauan Israel secara politik dilakukan oleh dunia, khususnya dunia Islam. Negara-negara Arab gagal bersatu untuk mengambil tindakan yang boleh memaksa Israel mengundurkan tentera mereka dari Genting Gaza.

Keganasan Israel yang menyebabkan kegawatan Gaza sekarang ini tidak boleh dimaafkan sama sekali. Hancurkan negara Israel dan haramkan ideologi Zionisme, itulah satu-satunya cara untuk mengembalikan keamanan kepada Timur Tengah!

05 Jan

2 komen »

  1. tingkatkan usaha yg kita mampu di Malaysia ni..boikot produk yg jelas dari Israel n Amerika, tingkatkan kesedaran rakyat Malaysia n sumbangan dana ke Palestin. bg yg mampu ke sana untuk bantuan keamanan n rawatan, laksanakanlah..

    Komen ditulis oleh ibnmasir — Januari 5, 2009 @ 2:53 pm

  2. [...] If one is still supporting Israel openly despite the evidence of this, this or even this, I really do not know what should I say about people like them. Yes, we know that you [...]

    Ping balik ditulis oleh Anyone supporting Israel right now must be an alien by MENJ — Januari 10, 2009 @ 12:26 pm

  3. Please save palestin and free palestin

    Komen ditulis oleh hafes — Januari 17, 2009 @ 3:18 am

Tinggalkan komen anda