close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Apabila pendatang menjadi isu

Apabila sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam dan hak bangsa Melayu (tetapi sebenarnya mendokong fahaman assabiyyah) memainkan isu perkauman dan menganggap kaum lain sebagai “pendatang”, maka amat jelas pada saya bahawa mereka mengharapkan untuk meraih simpati orang Melayu/Islam dan bermain dengan sentimen untuk menarik sokongan kepada mereka. Sejarah sememangnya tidak menafikan bahawa bangsa Melayu adalah penduduk asal di Tanah Melayu/Malaya yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia selepas kemasukan Sabah/Sarawak/Singapura, tetapi tegaknya bangsa Melayu di sini adalah kerana Islam yang dipertahankan dan nilai-nilai Syariah yang ditegakkan, bukannya disebabkan ketaksuban kepada sesuatu bangsa dan melabel orang lain sebagai “pendatang”.

Zaman telah berubah dan politik perkauman sudah hilang taringnya. Jika mereka yang berfahaman assabiyyah tidak memahami hakikat ini maka akan tiba masanya apabila mereka dinyahkan daripada Putrajaya.

09 Sep

2 komen »

  1. Jika UMNO memperjuangkan Asobiyah. Maka Jangan ditolak dan iakan je la bahawa PAS pula memperjuangkan fahaman Khawarij. :)

    [MENJ: Tahniah kerana anda sudah mengaku bahawa UMNO adalah parti asabbiyyah! Maka tidak perlulah kita melayan tuduhan palsu anda terhadap PAS.]

    Komen ditulis oleh masterkritik — September 16, 2008 @ 6:15 pm

  2. apa definisi assabiyah?
    1-perpecahan mengikut bangsa dalam satu negara?
    2-perpecahan mengikut kelompok dalam satu bangsa?
    3-perpecahan mengikut agama dalam satu negara?
    4-perpecahan mengikut kelompok dalam satu agama?

    adakah kita sekarang sudah sepatutnya mengaku berbangsa malaysia? maka apa pula agama rasmi bangsa malaysia?

    kita mengaku Islam tapi kita sendiri tak berusaha ke arah penyatuan ummah.. lupakah kita semangat dan dasar kenapa Saidina Hassan ra menyerahkan jawatan khalifah kepada Umayyah ra?

    kita boleh terus berbalah, tetapi sejauh manakah hebat sorak pak kaduk sedangkan kita hanya sekadar menjadi si kitul yg diupah raja mendeliar?

    Komen ditulis oleh boonchert — Januari 21, 2009 @ 7:29 pm

Tinggalkan komen anda

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes