close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Betulkah Wahabi ini sesat?

Tergelak saya apabila membaca “senarai” petanda-petanda seseorang itu adalah Wahabi dan fahaman “Wahabi” secara umumnya.

Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:

# Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah
# Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)
# Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias
# Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)
# Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w
# Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik
# Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya
# Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain
# Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya
# Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh
# Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah
# Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w
# Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja
# Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang
# Amalan tariqah dilarang sama sekali
# Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras

Membaca senarai ini, ia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:

1. Benar: Amalan itu memang diamalkan oleh Wahabi dan ia memang adalah benar tanpa apa-apa perselisihan.
2. Salah: Amalan itu memang diamalkan oleh Wahabi dan memang ia adalah amalan yang salah di sisi agama
3. Khilafiah: Perkara yang diperselisihkan oleh para ulama.
4. Salah faham: Golongan Wahabi tidak pun beramal dengan perkara berkenaan.

Kebanyakan daripada amalan-amalan yang disenaraikan di atas tergolong sama ada di dalam Kategori 1 ataupun Kategori 4. Tetapi saya amat pelik dengan polemik “Wahabi sesat” yang dimainkan muktakhir ini. Apakah mereka yang menuduh bahawa “Wahabi” itu sesat tidak sedar bahawa kedua-dua Tanah Haram (Makkah dan Madinah) dikuasai oleh ulama “Wahabi”? Maka, secara implikasinya, adakah mereka sedang menyatakan bahawa Makkah dan Madinah itu sedang diperintah oleh orang-orang yang sesat dan kafir?

Incoming search terms:

  • wahabi sesat
  • apakah wahabi sesat
  • adakah wahabi sesat
  • mazhab wahabi
  • mazhab di mekah
11 Nov

26 komen »

  1. Sebelum kita kata orang lain sesat, apa kata kita tanya Allah s.w.t. tentang diri kita ” Sesat tak kita ni ?

    Komen ditulis oleh Redzha — Februari 24, 2010 @ 4:42 pm

  2. Orang Malaysia mengatakan golongan ini adalah wahabi akan tetapi kami adalah Salafi iaitu ASWJ yang bermanhaj Salaf. Kami hanya mengajak uamt Islam kembali kepada ajaraan AL-Quran dan Al-Hadith sepertimana yang dicontohi oleh Rasulullah dan para sahabatnya. Ini Kerana mereka telah diiktiraf oleh Allah di dalam Surat Taubah ayat 100. Nabi juga tellah mengiktiraf orang Islam yang terbaik adalah yang menngikuti jalannya (Rasulullah) dan para sahabat) Kami adalah golongan yang dikatakan wahabai berpegang kepada Al-Quran dan Al-Hdatih dan atsar para sahabat Nabi. Kami juga mengiktiraf fahaman-faham mazhab termasuk syafie dan mazhab oain sekiranya bersesuaian dengan hadith Nabi atau mempunyai dalil dari Al-Quran dan Hadith.

    Komen ditulis oleh Najmuddin — Mac 8, 2010 @ 12:46 pm

  3. Hebat sangatkah kita hanya nak mengikut alquran dan hadis semata-mata dengan tafsiran kita sendiri, Sedangkan imam-imam besar (imam mazhab) pun membuat hukum dengan tafsiran yang berbeza-beza menyebabkan ujudnya hukum fekah yang berbeza. Imam-imam hadis seperti bukhari, muslim, nawawi dan lain-lainpun tidak menafikan ijtihad imam-imam mazhab. Sedarilah saudaraku sebaik-baik zaman adalah zaman rasullah dan selepas itu zaman sahabatku dan seterusnya. Sekarang orang-orang yang saudara ikut adalah orang yang berada diakhir zaman, yang mencari ilmu untuk habuan dunia iaitu harta dan kemegahan pangkat.Pada mutakhir ini ada dua puak yang banyak mendatangkan masalah iaitu yang bergelar ahli hadis dan puak wahabi kononnya aliran yang mendokong ajaran alquran dan hadis.

    Komen ditulis oleh abdullah bin abdillah — Mac 30, 2010 @ 9:44 pm

  4. Kita membuat tafsiran sendiri kerana kita tak kenal Allah. Kalau kita kenal Allah kita rujuk segala masalah kepada Allah. Bukankah Allah itu maha berkata-kata juga maha mengetahui. Yang pi tanya segala manusia yang tak ada kena mengena dengan Allah dan Rasul tu buat apa. Tu pasal banyak pendapat, bila pendapat dia kita tak setuju, kita tuduh dia sesat bila dia pulak tak setuju dengan kita, giliran dia pulak tuduh kita sesat.

    Komen ditulis oleh Redzha — April 6, 2010 @ 2:20 pm

  5. wahabi memang sesat ….

    Komen ditulis oleh man — Mei 29, 2010 @ 1:25 pm

  6. Jika Wahabbi sesat, maka tidak perlulah anda ke Makkah untuk menunaikan haji kerana yang memerintah Makkah sekarang adalah “Wahabbi”.

    Komen ditulis oleh menj — Jun 1, 2010 @ 8:52 am

  7. moh kta bebincang ya.. bkn bertelagah..

    Komen ditulis oleh norlailatulqadar — Jun 19, 2010 @ 8:21 am

  8. Islam menekankan kesederhanaan. Dalam mereka yang dikenali Wahabi ni pun ade yang ekstrem sehingga semua “tak boleh”. So golongan inilah yang menampakkan Wahabi itu sesat. Tetapi kita semua Muslim Sunni… tak perlu tuduh org sesat kalau berbeza pendapat sedikit. To uphold the five pillars of Islam is the most important thing!!

    Sebenarnya term “Wahabi” tu diwujudkan barat utk memecah belahkan Islam. Nama pengasas “Wahabi” adalah Sheikh Mohamed bin Abdul Wahab dan Wahab itu nama bapanya. Orang barat sering keliru berkenaan hal ini… (i.e. Osama bin Laden kena panggil bin Laden).. so janganla kita meluru tuduh menuduh dan hormat pendangan sesama muslim selagi tidak merusakkan akidah asas…

    PS: Ramai orang kita ni tak cukup merantau. Kita terima apa yang kita kenal dan tahu sahaja – manakala yang lain daripada kebiasaan, kita akan terus tolak bulat2, walhal Islam bukan hanya di Nusantara dan Saudi.. Islam adalah agama sedunia.. Cuba pergi merantau ke Afrika (Maliki) dan Pakistan (Hanafi) dan lihat dengan mata sendiri betapa banyak pecahan pendapat dalam perkara2 kecil.

    Komen ditulis oleh Ahmad — Ogos 13, 2010 @ 11:23 am

  9. istilah wahabi bkn istilah sebenar…muhammadiah adalah sebetulnyer..beliau mencegah perbuatan yg ditambah2 dalam amalan…dan tanpa disokong hadis2 yg sahih…tindakan beliau xboleh dikata sesat…hrp maklum. .

    Komen ditulis oleh zal — Ogos 22, 2010 @ 12:01 pm

  10. memang mekah & madinah dikuasai oleh mazhab wahabi. tapi keliling mekah and madinah tu penuh dengan ulama Syafiy’yah. sama macam Indonesia, ramai ulama2 terkenal nusantara bukan dlm kerajaan, tapi dok pondok yang pengikutnya beribu2 orang. Malaysia pun sama je. alhamdulillah ramai ulama2 in malaysia, biarpun berlainan parti sepakat tak setuju degan wahabi.

    cam ni la, yang nak ikut wahabi tu ikut la. nak amal islam cara senang. ingat syurga ni free ke? berapa ramai org masuk islam under pendekatan wahabi ni?

    lately dengar wahabi leader in Malaysia ni nak buat mazhab wahabi. ciri2 imam mazhab at least hafal quran (Maza ni hafiz?), khatam quran sekali sehari (ada ulama wahabi buat ni), hafal hadis 300,000 at least (jgn harap) dan pakar all cawangan ilmu ugama. setakat tafsir quran and hadis sorang2 and menentang ijma’ ulama’ muktabar, tak yah syok sendiri sorang2 la.

    Komen ditulis oleh sehat — Oktober 13, 2010 @ 5:31 pm

  11. salam…… sy nk ckp sesuatu dgar yew hadis nie(aku tingglkn kamu dua prkara..sekiranya kamu mngikutinya nescaya kamu tidak akn ssat slama2 lamanya..iaitu kitab al quran n sunnah ku……….)nie shahih

    Komen ditulis oleh akmalsohaimi — November 21, 2010 @ 10:17 am

  12. jangan la kte bebalah pasal nie….kte umat islam………

    Komen ditulis oleh akmalsohaimi — November 21, 2010 @ 10:19 am

  13. kalau wahabi sesat,bagaimana nak buat haji kat mekah tu???kalau orang di mekah dan madinah sesat,siapa pula di jalan yang benar???

    Komen ditulis oleh wan — Disember 4, 2010 @ 9:20 pm

  14. Umat Islam terpecah menjadi 73 golongan,

    1 golongan yang selamat
    1 golongan yang selamat
    1 golongan yang selamat

    siapa 1 golongan itu?

    Diriwayatkan oleh Imam Thabrani, ”Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya, akan berpecah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk Syurga dan yang lain masuk Neraka.” Bertanya para Sahabat: “Siapakah (yang tidak masuk Neraka) itu Ya Rasulullah?” Nabi menjawab:

    “Ahlussunnah wal Jamaah.” :)

    Komen ditulis oleh khairul — Februari 1, 2011 @ 1:27 am

  15. abdullah bin abdillah, sehat, man dan yang berpandangan seperti mereka nie kena lah faham betul2 tulisan diatas tu. Tak keterlaluan kalau saya kata mereka ni jahil2 dan nak komen dengan fahaman yang setengah masak. Kalau telur setengah masak tu, sedap jugak lah dimakan dengan toast…. tapi kalau fahaman yang setengah masak,… merosakkan sahaja.

    Mana ada MAZA nak buat mazhab wahabi di m’sia nie.? Susah kalau berbincang dgn orang-orang j**hil macam mereka nie..

    Komen ditulis oleh kapcai — Februari 28, 2011 @ 8:34 pm

  16. Salam,

    Drp apa yg saya baca pada ruangan soal jawab agama JAKIM, fahaman Wahhabi tidak sesat.

    Sekian.

    Komen ditulis oleh Gengstapo — April 14, 2011 @ 11:50 am

  17. assalamualikum.. seiman seagama.. klu kita mebaca wahabi di saudi arabia.. memang ini dikaitkan dengan kepentingan politik di saudi.. tidak mebacakah kalian dulu ulama’ sunny yang di bunuh oleh wahabi demi kepentingan politik..??? terus setiap dakwah nya orang wahabi selalu mebicarakan imbalan surga !! jadi seolah2 ibadah mereka hanya mengharapkan surga, bukan dari hati yang paling dalam dan ihklas..! trs selalu mengklaim orang2 ahlussunah waljamaah itu kafir bid’ah..? tidak berfikirkah kalian saudi arabia tempat kelahiran nya junjungan kita nabi muhammad s.a.w bukan assyarif yang masih ada keutrunan dari rosulullah dulu di bantai sama orang2 wahabi demi kepentingan politik??? apakah pemerintah saudi sekarang masih keluarga ahlulbait?? tentunya tidak kan?? berfikir sejenak saudara2ku..

    Komen ditulis oleh aconk — April 17, 2011 @ 6:12 am

  18. assalamualaikum saudara2 sekalian..haji @ umrah bukannya wajib kita ikut pak imam wahabi.kalau kita pandai buat,kita buat sendiri la…contoh masuk waktu sembahyg,lepas pak wahabi sembhyg kita pula smbhyg jemaah x de masalah otak mesti mau jalan.klu org madinah & mekah sesat ikutan kita [alah ulama yg berilmu & beramal dgn ilmunya.contoh ulama @ org alim yg kita patut ikut ialah guru2 tarikat (bukan yg sesat).

    Komen ditulis oleh lukman — April 25, 2011 @ 2:04 am

  19. urm…….ak rase kalo dyeowg wt 2 sume 2 pn mst ad dalilnyer…….cube dgr dlu dalil dyeowg sblm ckp dyeowg sesat………..kalo dalil dyeowg kuat dan sahih kiter jgak dosa ckp org sesat……….

    Komen ditulis oleh mj — Mei 12, 2011 @ 11:37 am

  20. tkde syarat sah haji n umrah kene brimamkn imam mekah tu..cume kite sbg umat islam tk perlu la timbulkn soal sesat mnyesatkn ni..pgi tmpat org ikrom je la.rai kn pegangn msyarakt d sana..prselisihan dlm hal2 kecik je.ranting je..bab fekah..

    Komen ditulis oleh samad — Jun 3, 2011 @ 12:03 am

  21. jgn trlamapau ekstrim..islam mnyuruh umatnye supaya brsederhana..wasatiah dlm smua pkara..jgn mlampaui batas dlm smua hal hatta saranan bribadah..encik2 yg mngku kononye salafi @ wahabi ke, ni kalu blajar xabes,ngaji sekerat2,dgr sikit2 tk payah la nk nunjuk pndai..tafsir quran n hadis ikut kpala otak sindri..salah tfsir n salah paham..mmg ayat quran n hadith yg korang kluar kn btul n sahih..tp paham korng lain..tk kena pd hujah n tmpt nye..dah tu sje nk carik slh org.brtekak2..akidah ahlussunnah waljamaah Quran,Hadith,Qias n Ijmak Ulamak..paham!!! selisih hal2 ranting jer.kite brdakwah kene ikut waqi’,uslub,mashlahat smasa stempat..kene bljar n kaji sjarah..ulamak2,imam2 besar ni duduk zaman pe???pe mashlahat mereka pd zaman mreka mntadbir…ibnu taimiyyah n s.muhammad b.wahab brjuang pd zaman yg trlmpau bnyk prkara sesat,khurafat n bidaah sesat..so mereka bjuang habis2an tentang…banyk lg la..kite kene saling mnghormati n berselisih pndapat dlm islam adlah suatu rahmat…jgn kene tipu ngn yahudi!!!!

    Komen ditulis oleh samad — Jun 3, 2011 @ 12:23 am

  22. hai org org yang cenderung kepada wahabi. Bukan senang nak fhm agama yg sebenarnya. Doa bnyk mohon hidayah.Jangan cepat nuduh org sesat. cari ulamak dari kedua dua pihak dan tanya dengan hati terbuka pkr yg jadi isu contohnya ziarah makam Rasullullah ,zikir beramai ramai. isu bid ah hasanah apa hujah ulamak dari kedua dua pihak. insyaa Allah anda akan dapat kebenarannya sekiranya nak cari hidayah. jangan dulu tak ngaji agama baru jumpa satu dua ustaz terus taksub… ini isu besar nanti kantoi kat akhirat nanti hahh.

    Komen ditulis oleh muhammad — Jun 4, 2011 @ 10:43 pm

  23. Saya tertarik dgn kesah terkini ttg perkembangan mazhab di msia lately, bagi pendapat yg extreme menuduh yg yg bukan terhadap satu sama lain ada akibat terlalu taksub mazhab, itu adalah pendapat saya..

    di Pahang pernah berlaku disebuah kg ditempat saya penduduknya membina rumah di kubur siap dgn api letrik.. bila waktu mlm ada acara2 maka terang benderang lah kubur di kg itu .. pening majlis agama dibuat nya.. sudah puas diberi penerangan, namun tdk di endah oleh penduduk kg itu..

    maka terpaksa lah menguna kekerasan dgn meruntuh bangunan2 kubur itu, bagi mengelak permujaan dan kurafat, maka berlakulah kekecohan dan ketidak puasan hati penduduk kg itu.. pasti ada yg akan menuduh ketua agama itu berfahaman wahabi.. kes2 merobah kubur ni juga berlaku di melaka tidak lama dulu..

    perkara ini kalau tidak diselesai dgn meroboh pasti pada satu masa kelak mesti ada orang akan melakukan kurafat menyembah dan meminta sesuatu dikuburan
    , adakah dengan meruntuhkan benda2 ini maka maljis agama di kira dicop sebagai jahat dan ganas?, kita mesti tenang dan rasional bila berfikir..

    adakah puak wahabi yg dikatakan meroboh kubur itu juga sama dgn mazhab syafi’l ???.. bagi saya selagi sesuatu ada hujah berpandukan quran dan sunnah.. maka ia patut diikuti.. hendak pula kubur itu kubur org ternama dan termashor.. lagi cepat kita kena roboh.. sebab bila bertukar zaman maka pasti wujub aliran2 baru yg akan membawa kekufuran, kekurafatan, syirik, penyembahan kubur..

    bertenang tenanglah bila berfikir.. :)

    Komen ditulis oleh Ahmad — Jun 9, 2011 @ 11:40 am

  24. kalo wahabi tdk menerima kias hadis atau perkara yg tdk di buat oleh nabi adalah bidaah.. maka kereta,kapal terbang.moto dan lain2 yg tdk ade pd zaman rosul mcm maner?

    Komen ditulis oleh fathil — Ogos 30, 2011 @ 1:39 am

  25. salam saudara ku yg beragama islam..biarlah cakap dengan ilmu bkn ngan takliq buta…..tuduh org tu sesat tuduh org ni sesat.

    Komen ditulis oleh abu umar — Oktober 3, 2011 @ 5:56 pm

  26. Salam. Sy bkn golongan wahabi, tetapi menentng keras org yg tuduh wahabi sesat. Hanya kerana beza pndapat dh nk tuduh org sesat. Kalau org yg menuduh wahabi sesat tu rasa hebat, cuba senaraikan amalan wahabi yg merosakkan aqidah. Dan klau rasa diri tu syafieyah sgt, sdar x org msia ni bnyk xikut pn ajaran imam syafie. Wahabi larang buat knduri arwah, syafie pn x ajar pn buat knduri arwah. Terimalah pndangn ulama lain dgn hati terbuka tnpa tuduh menuduh.

    Komen ditulis oleh wazirisme — Disember 1, 2011 @ 3:50 am

Tinggalkan komen anda

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes