close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Bilakah kita akan melihat ini di Malaysia?

islamic bus campaign Bilakah kita akan melihat ini di Malaysia?

Saya amat mengkagumi usaha ICNA (Islamic Circle of North America) membawa metod dakwah yang amat kreatif di bandaraya Chicago di Amerika Syarikat. Gambar ini merupakan sebahagian daripada kempen mereka untuk membawa mesej Islam kepada para penduduk di kawasan sekitarnya. Malangnya negara kita ini yang sering diwar-warkan sebagai “negara Muslim” (bukan “negara Islam”) yang dikira agak termaju di dunia Islam amat terkebelakang di dalam berdakwah dan memperkenalkan mesej Islam kepada mereka yang bukan Islam. Adakah JAKIM mampu melaksanakan inisiatif seperti ini dengan mempamerkan iklan hotline Islam di bas-bas RapidKL?

Incoming search terms:

  • iklan di bus rapid
  • iklan di bus rapid kl
  • iklan islamik
  • komen amerika syarikat terhadap malaysia
  • malaysia negara islam termaju
23 Sep

9 komen »

  1. alangkah gembira sekiranya dapat lihat ini di bumi kita sndiri.. negara bukan ISLAM boleh terima iklan sebegitu, apatah lagi kita di negara ISLAM..aku kagum dengan usaha mereka di sana..semoga apa yang dilakukan mereka diberi ganjaran oleh ALLAH S.W.T

    Komen ditulis oleh Mohd Hafifi — September 24, 2008 @ 8:22 am

  2. amin..

    Komen ditulis oleh mosjc — September 24, 2008 @ 6:27 pm

  3. Sibuk membangunkan negara sambil lupa bangunkan agama
    Islam hadhari saja modal mereka

    Komen ditulis oleh Fahmishah — September 25, 2008 @ 11:15 pm

  4. mungkin suatu hari nanti. tapi bukan sekarang..

    Komen ditulis oleh tivitune — September 26, 2008 @ 7:58 pm

  5. Begitulah apabila menjadi minoriti..
    Semangat lebih kuat…
    Harp kita akan menegakkan kembali Islam..

    Komen ditulis oleh zool — September 28, 2008 @ 12:26 pm

  6. Malaysia anjur sidang tangani Islamofobia

    MALAYSIA melangkah setapak lagi dalam memainkan peranannya dengan menerajui penganjuran konvensyen antarabangsa secara besar-besaran bersama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi menangani isu Islamofobia serta membantu negara Barat memahami Islam secara lebih berkesan.

    Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata Malaysia mencadangkan konvensyen itu diadakan di Amerika Syarikat (AS) awal tahun depan bagi memastikan Islam tidak terus dipandang serong.

    “OIC memohon Malaysia memainkan peranan bagi membetulkan tanggapan serong sehingga membenci negara Islam seperti protes terhadap pembinaan sebuah masjid di Cologne, Jerman, baru-baru ini,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

    Beliau berkata, harapan supaya Malaysia menjayakan konvensyen itu dinyatakan Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu pada pertemuan dengannya sempena sesi ke-63 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Rais menghadiri perhimpunan PBB dan dijadual menyampaikan ucapan esok menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. yang membatalkan lawatannya ke Amerika Syarikat berikutan keadaan ekonomi negara dan antarabangsa yang menuntut perhatiannya di dalam negara.

    Komen ditulis oleh hamba Allah — September 29, 2008 @ 3:53 am

  7. munkin JAKIM boleh buat…….. tp, kene tunggu ‘Pak lah’ TURUN!!!!! hehehe….

    Komen ditulis oleh Edifier — Disember 17, 2008 @ 8:14 pm

  8. Apepun..kerajaan ptot lbeyh sensitif ttg isu nie.. name je negara islam..tapi a small thing mcm nie y not mrk salurkan dana khas..dana untuk b’dkwah.. bkn hanya sibuk dgn islam hadhari je..~

    Komen ditulis oleh naiLy — Januari 12, 2009 @ 9:32 am

  9. kalau manoriti kita bersatu, maka jadilah kuat kalau majoriti kita berbalah, jadilah silembik, tanah air di ambil dek orangpun kita tak leh buat ape.

    Komen ditulis oleh Redzha — Februari 24, 2010 @ 4:46 pm

Tinggalkan komen anda

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes