Danga Bay bersama Rohaizad

Ketika berada di JB tempoh hari saya sempat berjumpa dengan Rohaizad sebelum saya bergegas pulang ke Kuala Lumpur pada petang itu juga. Disebabkan Rohaizad sudah membotakkan kepala, saya pada mulanya sukar hendak mengecam wajahnya sebab saya masih ingat lagi rupa yang terdahulu. Sekali pandang, rupa beliau seperti Raja Petra Kamaruddin. Kalau dibuka kaca matanya, rupanya mengingatkan saya kepada Castello. Har har har…..!
Ketika berada di Danga Bay, kami berbincang mengenai bisnes sambil menikmati minuman yang telah dipesan. Banyak perkara yang dapat kami luahkan pada masa itu. Rohaizad sempat menunjukkan saya telefon bimbit yang baru dibeli, Nokia N95. Memang canggih, kalah Nokia N73 yang saya sekarang miliki.

Berbual dengan Rohaizad memang menyeronokkan sehingga hampir terlupa bahawa saya harus pulang segera ke Kuala Lumpur. Memang beliau seorang yang tidak kedekut ilmu dan walaupun kepalanya licin seperti kepala Castello, namun otaknya ligat dan tidak kering idea. Kita akan bertemu lagi pada masa-masa yang akan datang.


CASTELLO?
Wahahaha… nanti aku kasi ko otograf aku yea..
Komen ditulis oleh rohaizad — Disember 13, 2008 @ 6:48 pm
Cam Afdlin Shauki pun ada kot..
He he h e…
Komen ditulis oleh zool — Disember 14, 2008 @ 9:42 pm
aik jumpa berdua je!? tak ajak pun :p
Komen ditulis oleh megat — Disember 15, 2008 @ 10:02 am
wah3..xsabar nk join personal coaching ngn mr rohaizad
Komen ditulis oleh j_hafiz — Mei 3, 2009 @ 11:32 am