close button


Exit

Pendapat Kritis

RSS Feed

Dasar PPSMI projek gagal

Inilah hasil kajian antarabangsa Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) mengenai prestasi pelajar Malaysia secara am dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Sekarang mereka yang pro-PPSMI tidak mempunyai apa-apa alasan lagi untuk mempertahankan dasar yang merosakkan para pelajar dan menggelapkan masa hadapan negara.

Pada 2007, kajian penting antarabangsa mengenai pencapaian Matematik dan Sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) dilaksanakan membabitkan 59 negara oleh Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007).

Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata.

Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS 2007, yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat itu, ada negara yang skor purata pencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit.

Laporan TIMSS 2007 boleh dimuat turun di sini. Anda masih lagi mahu membantah?

Incoming search terms:

  • dasar ppsmi
  • PROGRAM PPSMI
  • mengapa ppsmi gagal
04 Mac

4 komen »

  1. Saudara dah baca ke belum kandungan kajian TIMSS 2007 tu?? Data yang dikumpul untuk analisis kajian berkenan tidak mencukupi untuk membuktikan keputusan yang diperolehi. Kajian tersebut hanya mengambil kira pelajar Tingkatan 2 yang rata-rata baru diperkenalkan kepada PPSMI.

    Kalau data dikumpul dari pelajar dari Tingkatan 1 – Tingkatan 5, keputusannya pasti tidak seperti yang dicatat. Saya sendiri terlibat dalam 4 kajian besar melibatkan sekolah-sekolah di bandar dan luar bandar, keputusan yang diperolehi tidak menunjukkan kesan negatif PPSMI. Bahkan pelajar luar bandar walaupun serba kekurangan, masih berminat untuk mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris.

    [MENJ: Memanglah kajian itu memfokuskan kepada Gred 8 (Tingkatan 2), kerana ia merupakan asas kajian ini untuk membandingkan penguasaan Sains dan Matematik di negara-negara lain mengikut Gred 4 (Malaysia tidak dimasukkan di dalam peringkat kajian ini) dan Gred 8. Skop kajian untuk Tingkatan 1 – Tingkatan 5 adalah tidak termasuk dalam TIMSS 2007.

    Don’t assume that I did not read the report just because I quoted from Berita Harian. I have the PDF files with me.]

    Komen ditulis oleh keeman — Mac 7, 2009 @ 10:41 pm

  2. So, boleh digunapakai ke kajian tersebut untuk membuktikan ia gagal? Cuba tengok lagi kajian-kajian lain yang ada. I think you got access to all those. Look at both sides and hopefully NOT politically driven.

    [MENJ: TIMSS 2007 hanyalah salah satu dari laporan yang pelbagai yang jelas menunjukkan bahawa dasar PPSMI telah gagal. Saya belum menjumpai lagi apa-apa kajian yang menyokong dasar PPSMI. Yang ada di tangan saya adalah laporan TIMSS 2007 dan juga buku Mengapa Kami Bantah PPSMI? yang disunting oleh Professor Abdullah Hassan. Anda bercakap mengenai “kajian-kajian lain” tetapi bukti belum lagi ditunjukkan oleh anda. All you have shown thus far are allusions, not evidences.]

    Yang perlu diubah bukan PPSMI, yang perlu diubah ialah pengajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah dan DBP. Dewan Bahasa dan Pustaka sebenarnya gagak memartabatkan Bahasa Melayu (atau yang sewajarnya Bahasa Malaysia). Saya pasti saudara tahu yang banyak istilah-istilah sains dan matematik bahasa melayu adalah penterjemahan terus daripada Bahasa Inggeris.

    [MENJ: Itu bukan alasan yang konkrit untuk menidakkan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk mata pelajaran Sains dan Matematik. Saya adalah bekas pelajar aliran Sains Tingkatan Empat dan Lima, dan saya tidak mengikuti dasar PPSMI. Saya tidak perlukan dasar PPSMI untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris saya. Can you explain to me why my English can trump yours at any time, on any day?]

    Usaha sebenar program PPSMI ialah untuk memberi pelajar akses kepada bahan-bahan pembelajaran yang kebanyakkannya dalam Bahasa Inggeris (komputer, program TV seperti Discovery, Nat Geo, portal pembelajaran maya) bukan semata-mata untuk mengangkat Bahasa Inggeris.

    [MENJ: Ya, dan saya menamakannya sebagai pembaziran wang. Anda mungkin sudah menyimpang dari tujuan sebenar dasar PPSMI diperkenalkan. Tujuan asal dasar ini dibuat adalah untuk kononnya “mengukuhkan” penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar sekolah Malaysia. Sekarang, mereka yang pro-PPSMI berkata bahawa dasar ini adalah untuk menguatkan pemahaman para pelajar dalam Sains dan Matematik! Mengapa apologis PPSMI seperti anda sudah lupa akan tujuan asalnya yang sebenar dan mula mewar-warkan matlamat “baru” yang tidak ada di dalam tujuan asal?]

    Dan kalau nak kaitkan isu patriotik dengan isu PPSMI, pada saya, itu dua cabang berbeza. Dalam masa saya belajar dan mengajar sains and matematik dalam Bahasa Inggeris, Saya pun belajar Bahasa Melayu di sekolah, puji Bahasa Melayu, tulis puisi Melayu, baca surat khabar Melayu, tonton drama Melayu. Saya tidak lihat kenapa ia harus dijadikan isu.

    [MENJ: Saya tidak fikir anda seorang yang cintakan bahasa kebangsaan kerana jika itu benar, tidak ada sebab mengapa anda harus mempertahankan dasar PPSMI yang sesat lagi menyesatkan (merujuk kepada dua kajian yang telah disebut sebelum ini). Seriously, you should be ashamed of yourself. I speak English, read English, write English and watch English movies. Yet my love for the national language has never faded and I have dabbled in Bahasa Melayu literature in the past.]

    Ini hanyalah pendapat peribadi saya. Bukan tujuan saya untuk mengeruhkan keadaan.

    [MENJ: Masih terlalu banyak persoalan dari jawapan yang diberikan oleh anda mengenai dasar PPSMI.]

    Komen ditulis oleh keeman — Mac 7, 2009 @ 11:46 pm

  3. Saya seorang Guru Bimbingan Sepenuh Masa di Sekolah Rendah. Semasa sekolah dulu saya terkenal sebagai pelajar yang pandai Matematik. Walaupun saya budak kampung dan tidak cemerlang tetapi tidak pernah sekalipun saya gagal dalam matematik. Semasa mengikuti Kursus di Maktab Perguruan saya mendapat A dalam Matematik. Maknanya saya memang TAHU kaedah yang sesuai untuk belajar dan mengajar Matematik. Semasa bertugas sebagai guru akademik, rasanya jarang sekali murid saya gagal dalam matematik. Kini saya tidak mengajar akademik lagi tetapi bertugas sebagai Guru Bimbingan. Sebelum PPSMI dulu saya sentiasa rela dan bersedia memberi Bimbingan Matematik kepada klien-klien saya tetapi kini selepas PPSMI, saya kesal, sukar untuk saya membuat Bimbingan Matematik….mengapa?….kerana saya sebenarnya kurang pandai Bahasa Inggeris……hari terus berlalu, berbulan-bulan……bertahun-tahun….kini prestasi Matematik murid-murid di sekolah saya semakin merudum, semua pihak terutama pentadbir bimbang, semua pihak menuding jari tidak tentu arah kepada siapa mahu dipersalahkan………saya sebagai Guru Bimbingan termangu melihat keputusan PKSR baru-baru ini…….hati memberontak ingin membantu………..bagaimana ye????????? Saya tidak bermaksuk PPSMI tidak bagus……..ramai guru-guru kini KELIHATAN BAGUS kerana sudah boleh menggunakan bahasa PENJAJAH ITU dalam kehidupan seharian……sekurang-kurangnya ibu bapa mula membuka mata….WAH EDUCATED ye cikgu sekarang…..ramai yang kata ……..BAHASA PENJAJAH tu lambang …………..ntahlah……………………….

    Komen ditulis oleh HJHRUHAYAH — Julai 1, 2009 @ 9:42 am

  4. Tips Belajar Bahasa Inggeris dengan berkesan

    1. Never Study A Single English Word
    That’s right, do not memorize words. Native speakers do not learn English by remembering single words. Native speakers learn phrases.

    2. Never Study Grammar
    Right now. Stop. Put away your grammar books and textbooks. Grammar rules teach you to think about English, you want to speak automatically– without thinking!

    3. Learn With Your Ears, Not Your Eyes
    Spend most of your study time listening- that is the key to great speaking.

    4. Slow, Deep Learning Is Best
    Its not enough to know a definition. Its not enough to remember for a test. You must put the word deep into your brain. To speak English easily, you must repeat each lesson many times.

    5. Use Point Of View Mini-Stories
    You must learn grammar by listening to real English. The best way is to listen to the same story… told in different times (points of view): Past, Perfect, Present, Future. How do you do this? Easy! Find a story or article in the present tense. Then ask your native speaker tutor to write it again in the Past, with Perfect tenses, and in the Future. Finally, ask him to read and record these stories for you.

    6. Only Use Real English Lessons & Materials
    How do you learn Real English? It’s easy. Stop using textbooks. Instead, listen only to real English movies, TV shows, audio books, audio articles, stories, and talk radio shows. Use real English materials.

    7. Listen and Answer Mini-Stories (not Listen and Repeat)
    Because the teacher constantly and quickly asks easy questions, you don’t have time to think about grammar. You just immediately shout a couple of words– which teaches you to respond faster, and faster, and faster.

    The 2 Big Secrets to Confident English Speaking
    Click here to view more details

    Komen ditulis oleh Memartabat Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris — April 21, 2010 @ 2:34 pm

Tinggalkan komen anda

Get Adobe Flash player