Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Demonstrasi adalah suara rakyat

    Tahniah dan syabas kepada wira-wira negara yang berhimpun semalam di Kuala Lumpur untuk menyatakan bantahan secara terbuka terhadap kezaliman ISA. Malangnya saya tidak dapat menyertai disebabkan hal peribadi, namun saya berpendirian bahawa demonstrasi adalah sebahagian daripada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara.

    02 Ogo

    3 komen »

    1. Salam,
      Saya tidak menafikan bahawa demonstrasi yang berlaku semalam adalah sebahagian dari suara rakyat (yang tidak bersetuju dengan ISA atau umumnya tidak bersetuju dengan kerajaan yang sedang memerintah). Tetapi, perlu dipersetujui juga bahawa ianya hanya suara sebahagian dari rakyat, bukan semua rakyat. Dalam masa yang sama, sebahagian dari rakyat tidak bersetuju dan mengutuk demonstrasi yang berlaku semalam serta melihat ianya suatu gimik politik yang agak terdesak serta yang agak menyedihkan penyokong politik Melayu lebih dilihat diperkuda oleh ahli politik serta penyokong politik bukan Melayu. Saya tidak bertujuan utk rasis di sini, tetapi kita harus byk bermuhasabah dan renungkan (dalam keadaan hati tenang), apa sebenarnya yang berlaku?
      Semoga diberkati Allah.

      Komen ditulis oleh red rooster — Ogos 2, 2009 @ 11:48 pm

    2. Salam bro! Nice post.

      Come promote your blog here http://www.imcurtain.com it’s free :)

      Komen ditulis oleh Malaysian Bloggers — Ogos 3, 2009 @ 1:04 am

    3. benarkah isa zalim..buktikan..bawa bukti-buktinya..Jangan sebab alasan adanya kezaliman yg belum tentu benar sudah nak mansuhkan..Padahal ISA telah berjaya melindungi kepentingan org Melayu sejak dahulu lagi..

      [MENJ: Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah ZALIM kerana:

      1. Melanggar hukum Islam dan melanggar hukum syarak.

      2. Melanggar prinsip keadilan dan menafikan hak kebebasan bersuara.

      3. Tidak memberikan peluang kepada mangsa ISA untuk membela diri.

      4. Majoriti yang terseksa akibat kezaliman ISA sendiri adalah terdiri daripada Melayu-Islam! Maka ISA terbukti memusnahkan kepentingan orang Melayu sejak dahulu lagi...]

      Komen ditulis oleh Gomen — Ogos 26, 2009 @ 10:30 pm

    Tinggalkan komen anda