close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Di Istana Negara Sabtu ini

jangan bunuh bm Di Istana Negara Sabtu ini

Pada hari Sabtu minggu ini, saya akan berada di Istana Negara untuk menyertai perhimpunan Gerakan Mansuhkan PPSMI. Saya tidak rela melihat bahasa kebangsaan diperkotak-katikkan oleh mereka yang kononnya memperjuangkan “agama, bangsa dan negara” tetapi gagal mempertahankan peruntukan Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sila rujuk kepada risalah anti-PPSMI untuk maklumat lanjut dan war-warkan kepada semua.

Adalah ajaib juga apabila seorang penulis komentar yang menggelarkan dirinya sebagai “AshamedMalaysian” menyelar penulis blog ini kerana menentang PPSMI, sedangkan penguasaan Bahasa Inggerisnya sendiri adalah lemah dan langsung tidak mencapai status penguasaan bahasa yang baik. Pot calling the kettle black?

Kasihan, mereka yang berfikiran seperti penjajah British seharusnya sudah lama dihumbankan ke dalam laut.

Pautan berkaitan:
Hasbullah Pit, Pengintegrasian Ilmu

Incoming search terms:

  • bahasa melayu bahasa kebangsaan
  • bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
  • sam haizam
02 Mac

2 komen »

  1. salam.. pukul berapa mula nih?

    [MENJ: Wa alaikum salaam, pukul 2 petang. Sila rujuk kepada poster Gerakan Mansuhkan PPSMI]

    Komen ditulis oleh wan — Mac 2, 2009 @ 1:58 pm

  2. tidak perlu untuk menyertai tunjuk perasaan yg sebegini rupa.seolah-olah mempertikaikan kuasa Sultan. apa akan terjadi jika Sultan tidak menurut kehendak 100 000 org itu?

    PPSMI patut diteruskan..

    Anak Melayu, Bakal GURU

    [MENJ: Ya, kita sedia maklum bahawa balaci penjajah seperti anda sanggup menggadaikan maruah bahasa semata-mata untuk melihat jati diri hancur.]

    Komen ditulis oleh sam haizam — Mac 3, 2009 @ 9:30 pm

Tinggalkan komen anda

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes