Dr. Asri ditahan, apakah sebabnya?

Alasan JAIS menahan Dr. Asri, bekas Mufti kerajaan negeri Perlis, atas sebab beliau tidak mempunyai “tauliah” untuk mengajar agama di Selangor adalah satu alasan yang, pada saya, amat naif dan dibuat-buat. Kita maklum bahawa baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama PAS Dato’ Harun Taib telah pergi berjumpa dengan beliau di rumahnya dan berita menyatakan bahawa tujuannya adalah untuk mengajak Dr. Asri menyertai PAS. Tindakan JAIS menahan Dr. Asri tidak sampai beberapa hari selepas pertemuan ini menaruh syak dalam diri saya bahawa tindakan ini bermotifkan politik.
Saya berharap benar agar Dr. Asri akan memilih untuk menyertai gerakan Islam. Tidak mungkin beliau akan dapat merencana perubahan sekiranya beliau hanya bersikap non-partisan. Islam tidak memisahkan agama dan politik, maka menyertai PAS yang merupakan sebuah gerakan Islam yang tersohor di Malaysia adalah yang sebaiknya untuk beliau sekiranya benar-benar mahu menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
Tidaklah saya bermaksud di sini bahawa PAS itu adalah maksum, infallible atau indestructible. Tetapi saya amat menyakini dasar PAS yang memperjuangkan Islam dan tidak ada mana-mana parti lain yang dapat menandingi PAS buat masa ini.

Tiada komen »
Tiada komen yang ditinggalkan.
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URL Jejak Balik
Tinggalkan komen anda
Mahukan gambar di sebelah komen anda? Daftar secara percuma di Gravatar.com.