close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Google PR adalah ego seorang pemblog

googlepr Google PR adalah ego seorang pemblog

Akhirnya kemaskini Google PageRank (PR) telah kembali lagi dan alhamdulillah, blog ini telah mendapat PR3, suatu pencapaian yang membanggakan setelah pemindahan blog ini daripada menj.org ke domain yang baru, ibnjuferi.org, dilaksanakan. Di dalam dunia internet, Google PageRank merupakan perkara yang sangat penting bagi seorang pemblog, kerana ia menentukan sama ada blognya hidup ataupun “nyawa-nyawa ikan” sahaja. Google PR adalah hasil teknologi Google yang dicapai apabila blog anda dipautkan daripada blog-blog yang lain. Lebih banyak blog yang membuat pautan kepada anda, lebih tinggilah Google PR anda dan blog anda akan mengatasi blog-blog lain untuk topik sasaran (niche) anda.

Saya kira bahawa dengan kejayaan blog ini mencapai PR3, ia adalah suatu permulaan ke arah kejayaan yang lebih gemilang, terutamanya untuk diri saya sebagai penulis blog Bahasa Melayu yang baru setahun jagung. Tidak salah rasanya kalau saya mengatakan bahawa Google PR adalah ego seorang pemblog; tanpa Google PR yang tinggi, blog tersebut saya umpamakan sebagai “hidup segan, mati pun tidak mahu”.

05 Apr

1 komen »

  1. wah mantap bro… PR3… saya pnya baru pr 2.. banyak benda harus di improve.. :-)

    Komen ditulis oleh zik — April 6, 2010 @ 1:52 pm

Tinggalkan komen anda

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes