close button


Exit

Pendapat Kritis

RSS Feed

Harimau Malaya ke peringkat akhir Piala Suzuki AFF 2014

rimau

Siapa sangka yang mereka berjaya melakukannya? Siapa sangka akan berlakunya perogolan secara besar-besaran di Stadium MyDinh, Hanoi di Vietnam tetapi bukan pasukan bolasepak Malaysia yang menjadi mangsanya? Sesungguhnya penulis sendiri tidak mampu mempercayai apa yang berlaku malam tadi. Bolasepak memang sebuah permainan yang amat kejam konsepnya. Mungkin disebabkan itulah, maka bolasepak diminati dan diikuti oleh hampir semua negara di seluruh dunia. Tindakan Pablo Dollah Salleh untuk memasukkan Badhri Radzi (Piya) dan Safiq Rahim sebagai pemain dalam kesebelasan utama nyata membuahkan hasil. Walaupun permainan berjalan agak kurang “cantik” dengan bombardment yang berlaku dari kawasan tengah padang, namun yang pasti percaturan taktikal ini berjaya mengucar-acirkan pihak lawan sehingga membuahkan hasil yang diimpikan oleh semua para peminat dan penyokong tegar Harimau Malaya.

Tahniah, beribu-ribu tahniah diucapkan kepada para pemain dan juga jurulatih! Semoga apabila kita layak ke peringkat akhir ini, kita meneruskan rentak kecemerlangan ini dan membawa piala ini kembali ke Kuala Lumpur!

12 Dis

Tiada komen »

Tiada komen yang ditinggalkan.

Tinggalkan komen anda

Get Adobe Flash player