Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Hujah Bahasa Inggeris adalah “bahasa ilmu”

    ppsmi 070320091334 Hujah Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu

    Antara hujah-hujah mereka yang mendokong PPSMI adalah:

    1. Bahasa Inggeris adalah “bahasa ilmu”, kita harus mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris untuk menggalakan perkembangan ilmu.
    2. Mereka yang menolak PPSMI adalah golongan tidak berpelajaran. Tidak sedarkah mereka bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa?
    3. PPSMI tidak akan melemahkan kedudukan Bahasa Melayu.

    Saya tidak bersetuju langsung dengan hujah-hujah bodoh seperti ini. Kalau hendak mengikut tahap pengaruh Inggeris, saya rasa pengaruh Bahasa Inggeris ke atas diri saya adalah lebih tinggi daripada anda, para pendokong PPSMI. English is like a first language to me at home. Saya mengenali Enid Blyton, Sidney Sheldon, Stephen King, C.S. Lewis, Michael Crichton dan Robert A. Heinlein lama sebelum saya mengenali dan membaca A. Samad Said, Othman Puteh, Usman Awang, Khairuddin Ayip dan Shahnon Ahmad. Tetapi saya tetap menentang dasar PPSMI kerana ia adalah suatu cadangan yang bodoh dan tidak masuk akal sama-sekali. Menentang PPSMI bukan bermakna kita menidakkan kedudukan Bahasa Inggeris atau menghalang sesiapa pun daripada mempelajarinya.

    Mengenai hujah Bahasa Inggeris sebagai “bahasa ilmu”, tanggapan itu hanya akan dipakai oleh mereka yang mendokong nilai-nilai Anglo-Saxon sahaja. Bagaimana dengan Bahasa Jepun? Adakah ia bukan “bahasa ilmu”? Bukankah terlalu banyak perkakasan elektronik di rumah anda datangnya dari Jepun dan bukannya dari Amerika Syarikat atau United Kingdom? Bagaimana dengan Bahasa Jerman dan Bahasa Perancis di mana ilmu-ilmu sains dan teknologi mereka adalah lebih superior dari negara-negara yang menggunakan Bahasa Inggeris? Malah, sumber-sumber orientalis masih kekal di dalam bahasa-bahasa tersebut dan masih belum lagi diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris.

    Apa lebihnya Bahasa Inggeris dan apa kurangnya bahasa-bahasa yang saya sebutkan di atas kalau dibandingkan dengannya? Kalau betul hujah “bahasa ilmu” ini adalah isu utama para pendokong PPSMI, mari kita sama-sama melaksanakan dasar untuk membuat kelas-kelas Bahasa Jerman, Perancis dan Jepun!

    09 Mac

    10 komen »

    1. Orang melihat isu ini dari berbagai sudut, saya hanya melihat dari sudut yang mudah…Bahasa bagi saya adalah berfungsi sebagai penyampai supaya murid-murid faham. Itu tujuan utama dan semestinya untuk memahami , murid-murid perlu belajar dalam bahasa pertuturan mereka.

      Untuk menguasai bahasa ke-2, ke-3 dan bahasa apa sekali pun, itu adalah pilihan .

      Komen ditulis oleh Kujie — Mac 9, 2009 @ 1:18 pm

    2. rasanya kalau mahu anak2 pandai bahasa inggeris kita perlu untuk mencari jalan lain untuk memereka memahami istilah inggeris..

      untuk pembelajaran sains dan inggeris perlu dalam bahasa melayu kerana tujuan utama kita ialah biar mereka faham dan menguasai basic matematik dan sains itu sendiri dahulu kerana itu lebih penting dari mengengusai bahasa inggeris

      [MENJ: Ya, saya setuju dengan anda 100%. Bahasa Inggeris adalah penting untuk dipelajari tetapi bukannya sehingga ke tahap menidakkan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. To learn English terms and concepts, you do it in an English-language class, not in Mathematics & Science classes!]

      Komen ditulis oleh mazuki selangor2u — Mac 9, 2009 @ 1:46 pm

    3. Saya setuju.

      Kalau nak suruh budak2 kuasai english pun, bukan dgn cara PPSMI. Boleh buat English day 3-4 hari seminggu atau wajibkan aje budak2 speaking dalam kawasan sekolah.

      Mengapa pula nak gunakan subjek Sains & Math yang susah?

      Gunalah pendidikan jasmani ke, pertukangan ke, lukisan ke….

      Komen ditulis oleh fadli halim — Mac 9, 2009 @ 2:57 pm

    4. yup betul tu. bahasa inggeris memang penting tapi bahasa melayu lagi penting. aku sokong mazuki, basic matematik dan sains sepatutnya dalam bahasa melayu kerana adalah senang untuk memahami konsep dan teori dalam bahasa melayu. bila dah masuk sekolah menengah pelajar-pelajar boleh mula belajar guna bahasa inggeris. belajar di universiti sudah pasti dalam bahasa inggeris. itu tak dapat dielak…

      Komen ditulis oleh wan — Mac 9, 2009 @ 4:12 pm

    5. Saya setuju. Sila tanya kat najis dan kerismuddin, adakah mereka fasih bertutur dalam bahasa inggeris kerana mata pelajaran sains dan matematik mereka tu diajar dalam bahasa itu?

      Komen ditulis oleh Ulquiorra — Mac 9, 2009 @ 7:19 pm

    6. Saya ikut menentang dasar ppsmi. Pada masa sama saya setuju BI di perhebat.
      Kita mahu bahasa Melayu berdiri sama tinggi dengan bahasa besar dunia. Kalau dasar ppsmi di teruskan , bermakna hilanglah penguasaan bahasa melayu dalam sain dan matematik. Bermakna tidak ada bahasa Melayu untuk ilmu sains dan matematik. Munkin masanya akan tiba keturunan melayu Malaysia tidak tahu menyebut angka-angka satu, dua, tiga, empat …………sebaliknya one, two, three……Tidak mustahil. Sekarang ppsmi. Akan datang pp…….lain pula akan dipekenalkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang ke Inggerisan dengan hujah yang sama seperti petikan kenyataan Kementerian: …” Kesimpulannya, keputusan untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan lebih baik dalam SAINS DAN MATEMATIK di kalangan murid, memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam Bahasa InggerisI. Secara tidak langsung pelaksanaan PPSMI di harapkan akan turut meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid”.
      Pendapat saya KESIMPULAN Kementerian itu boleh di sesuaikan dengan lain lain subjek. Tukarkan saja ppsmi kepada pp___i, apa pun. Ada bantahan?

      Komen ditulis oleh nordin — Mac 10, 2009 @ 2:01 am

    7. ada betulnya hujah2 ini.

      Bahasa Inggeris perlu juga untuk membolehkan kita bersaing di peringkat global.

      namun untuk melaksanakannya, kita kena berusaha bersungguh2. bukan melepas batuk di tangga.

      masih ada mereka yang ketinggalan, terutama yg berada di pedalaman.

      Komen ditulis oleh alone — Mac 10, 2009 @ 2:04 am

    8. gua pula..lebih mengenali Metallica, iron maiden, Diamond king, Nirvana, Megadeath terlebih dahulu sebelum mengenali Arwah fadzil Ahmad, Farid ali (mr gambus), Dewangga sakti (dewanggasakti.blogspot.com), Usratika (usratika.blogspot.com),Pak Rahbani, Pak Kasim Masdor…hehehehe

      Komen ditulis oleh pemerhati rock — Mac 10, 2009 @ 10:39 pm

    9. Isu sebenarnya adalah pengajaran konsep asas adalah terbaik dalam bahasa ibunda. Oleh itu orang bandar yang bertuitur bahasa Inggeris di rumah menyokong pengajaran dalam BI. Sementara orang luar bandar anak-anak mereka semakin terbiar, sudahlah lemah BI, sekarang Sains dan Mathematik pun gagal. Tidak ada satupun kajian secara bebas (bukan kerajaan) yang menunjukkan sebaliknya, pembelajaran konsep asas terbaik dalam bahasa ibunda. Tidak kisah sekiranya hendak diterap di sekolah menangah, apabila konsep asas sudah didapati dan dimahiri. Yang mengaku pandai BI sila baca kajian ilmiah, jangan baca kajian orang politik yang sanggup menggadai masa depan anak bangsa sebab politik. Bagi anak-anak luar bandar, belajar mathmetik dalam bahasa Inggeris seumpama orang bandar belajar Mathmetik dalam bahasa Perancis. Payah nak mampus.

      http://www.google.com.my/searc.....=f&oq=

      Komen ditulis oleh Yosri — April 10, 2009 @ 7:44 pm

    10. bismilahhilrahmanilrahim…

      setiap yang berlaku itu ada hikmah yang mana baik dan buruknya. manusia menilai setakat mana ketertinggian ilmu, akal dan darjat pengetahuanya. sedarkah atau tidak dasar yang dibuat drpd dulu shingga skrang merugikan ank bangsa sediri. kita” terlopong, org lain tersengeh” mengapa? pasal org lain lbih bijak. siapa mlas duduk d bwah jwabnya.

      tidak kiralah apa dasar yg dbuat sekalipun, yg penting untuk kebaikan d dunia dan akhirat dan mdapat keredaan tuhan yg esa, bkan utuk sbaliknya.

      sebenarnya, apa yang penting kta hrus mlihat bagaimanakah cara keberkesanan pelaksanaan itu adakah untuk kejayaan umat manusia atau utuk mnempah kgagalan bangsa mlaysia.

      berikan masa untuk melihat adakah ia berjaya atau tidak. sekiranya sebagai dasar yang berjaya maka, elok kita teruskan. sekiranya tidak eloklah dibubarkan saja.

      rakyat harus bijak menyahut seruan pemerintah jgan sebagai jdi “pak anggup” atau “pak geleng” jadikan seorang pemikir sbgai mna yg dtuntut.

      fikir fikir kan lah….anda lebih bijak dari saya..

      Komen ditulis oleh komando — April 29, 2009 @ 10:18 pm

    Tinggalkan komen anda