Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Kebatilan ShadowFox telah hancur!

    Umum mengetahui bahawa dua bulan lepas, suatu laporan polis telah dibuat oleh saya terhadap seorang pemfitnah blog yang memanggil dirinya “ShadowFox” mengenai kenyataan-kenyataannya yang menghina saya dan agama Islam (rujuk kepada laporan polis untuk butiran lanjut). Hari ini, apabila saya cuba memasuki blog pemfitnah tersebut, didapati bahawa semua tulisan-tulisan blog yang terdahulu telah dipadamkan dan tiada apa lagi yang tinggal, kecuali sebuah tulisan blog bertarikh 31 Mac 2009.

    coward shadowfox runs 350x274 Kebatilan ShadowFox telah hancur!

    Saya anggap ini merupakan kemenangan peribadi buat diri saya, setelah saya diaibkan dan difitnah dengan begitu teruk sejak sekian lama oleh orang ini sejak dua tahun yang lepas, tanpa apa-apa tindakan yang diambil terhadapnya.

    Jelas bahawa sudah terang lagi bersuluh, orang ini tahu bahawa apa yang ditulisnya mengenai diri saya adalah suatu fitnah.

    Saya tidak gentar berhadapan dengan orang ini, malah saya sanggup bersemuka dengan orang ini dan menyamannya di mahkamah terbuka supaya semua tahu siapa sebenarnya yang bersalah dan siapa yang tidak di dalam hal ini. Mengenai video yang dipaparkannya di blog tersebut, saya sudah ulas dengan panjang lebar di sini, maka tidak perlulah saya mengulanginya.

    Jelas juga bahawa dengan pemadaman tulisan-tulisan yang terdahulu, kredibilitinya sebagai seorang blogger terjejas dan tiada sesiapa pun yang boleh mempercayai apa-apa yang dikatanya lagi. Anda boleh memuat turun bukti-bukti tulisan pemfitnah sebelum ini. Anda boleh saksikan sendiri bahawa tulisan-tulisannya (pihak polis ada salinannya) menghina bukan sahaja diri saya, tetapi juga agama Islam dengan kata-kata yang keji dan kesat.

    Gaya seorang munafik begitulah….berani kerana salah, takut kerana benar!

    02 Mei

    2 komen »

    1. “Berani kerana BENAR”.
      Dan sekarang kita boleh lihat siapa yang telah membuat perkara yang TIDAK BENAR.

      Aku cuma percaya satu sahaja. Jika kita benar benar seorang blogger yang transparent dan jujur, tidak perlulah kita menyembunyikan diri kita dari umum.

      Menggunakan nama samaran dan juga suka “berahsia” adalah satu perkara yang aku sendiri rasakan tidak perlu di ambil peduli kerana ini sifat orang yang “baling batu, sembunyi tangan”.

      Jadi kepada blogger yang suka membuat “hal” dengan menyiarkan fakta-fakta yang boleh memecahbelahkan perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia, hentikanlah kerana itu bukanlah satu etika blogging yang elok.

      Komen ditulis oleh rohaizad — Mei 2, 2009 @ 1:11 am

    2. semoga takde lagi bloggers macam ni yang bakal mencemarkan lagi nama bloggers…

      Komen ditulis oleh DindaKanda — Mei 3, 2009 @ 6:15 pm

    Tinggalkan komen anda