Kejor yop, kejor!

Ini bukan cerita mengenai pasukan bola sepak negeri Perak (yang terkenal dengan laungan “kejor yop, kejor!“), tetapi mengenai sandiwara senario politik di Darul Ridzuan sekarang ini. Minggu lepas, kita dihidangkan dengan berita gembira ADUN Bota yang “berhijrah” dari Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat. Sekarang kita dikejutkan pula dengan kes dua ADUN PKR yang diberitakan “hilang” sejak beberapa hari yang lepas kini sedang dipikat oleh UMNO/BN untuk menyertai pembangkang Perak. Desas-desus mengenai kemungkinan ADUN DAP melompat ke MCA juga sudah timbul.
Seperti permainan bola sepak di mana para pemain “mengejar” bola, ahli politik juga sekarang sedang “berkejaran” sesama sendiri agar tiada lompat-melompat berlaku pula, ya? Saya harus memuji sikap ADUN-ADUN PAS yang jelas konsisten dengan perjuangan dan prinsip, tidak seperti ADUN-ADUN lain dari parti yang lagi satu itu. Tunggu dan lihatlah sahaja apa yang berlaku nanti.
Incoming search terms:
- BOLA sepak
- gambar bola sepak
- kejor yop kejor
- BOLASEPAK
- bola sepak PNG


Tiada komen »
Tiada komen yang ditinggalkan.
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URL Jejak Balik
Tinggalkan komen anda
Mahukan gambar di sebelah komen anda? Daftar secara percuma di Gravatar.com.