Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Khir Toyo yang assabiyyah

    Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir “penyapu” Toyo dan YB Saifuddin Nasution baru-baru ini muncul di dalam rancangan Hujah di TV9. Topik yang dibincangkan adalah mengenai kuasa politik orang Melayu-Islam secara amnya dan implikasi 8 Mac 2008 kepada kedudukan orang Melayu dan Islam di dalam negara ini. Mungkin badi “penyapu”1 itu masih terlekat kepada Dr. Khir, kerana beliau melontarkan pendapat yang pada pandangan saya begitu rasis dan berbau assabiyyah.

    Mungkin Dr. Khir tidak sedar akan perkara ini, tetapi apakah yang harus dibimbangkan dengan “kesamarataan” yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat? Bukankah majoriti ahli Parlimen di dalam Pakatan merupakan orang Melayu-Islam? Salahkah jika bangsa Melayu-Islam khususnya berdiri sendiri dan tidak perlu meraih belas ihsan dari kerajaan untuk periuk nasi mereka? Tidak timbul langsung isu bahawa apabila “kesamarataan” diperjuangkan, maka kedudukan Islam sebagai agama rasmi tergugat. Yang paling lucu di dalam perkara ini ialah beliau sendiri lupa akan asal-usulnya, kerana beliau berbangsa Jawa dan bukannya Melayu (sama seperti saya juga)!

    Syabas juga kepada YB Saifuddin Nasution yang menghujat kritikan Dr. Khir dengan begitu bernas dan tenang sekali tanpa bertindak secara emosional terhadap provokasi beliau.

    Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini.

    1. Mengikut adat-resam bangsa Jawa, menghadiahkan penyapu kepada sesiapa pun akan membawa malang kepada orang yang memberikannya. [kembali]
    29 Okt

    Tiada komen »

    Tiada komen yang ditinggalkan.

    Tinggalkan komen anda