close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Main rogol-rogol

Terima kasih Pak Lah, kerana menyumbang kepada kebejatan gejala sosial seperti ini.

Jika selama ini “main masak-masak” atau “main kahwin-kahwin” begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan “main rogol-rogol” sangat menggemparkan.

“Permainan” yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.

Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini.

Haruskah kanak-kanak yang berumur sebelum akil baligh dipersalahkan sekiranya keadaan persekitaran yang bersifat sekular dan pendidikan agama yang terbatas dan tidak dipraktikkan oleh orang dewasa di keliling mereka tidak mendidik mereka bahawa melakukan perhubungan seks sebelum bernikah adalah haram?

Incoming search terms:

  • main rogol-rogol
  • permainan rogol
  • main rogol
  • main rogol rogol
  • permain rogol
26 Ogo

3 komen »

  1. macam macam la budak zaman sekarang nie… bende macam nie pun boleh berlaku… bakal mat & minah rempit la nie

    wanna exchange link? slumbeR@J@!

    Komen ditulis oleh slumberaja — Ogos 26, 2008 @ 8:31 pm

  2. Sikap dan pandangan anda ini tidak boleh diterima, tujuan anda tidak lain hanya mencari2 point untuk memburuk-burukkan pemerintah. Perkara ini tidak memperlihatkan anda seorang blogger yang berpemikiran kelas pertama tetapi boleh dikelaskan blogger berfikiran paling corot/rendah.

    Tidak sedarkah anda bahawa rakyat yang juga terdiri dari IbuBapa, tenaga pengajar dan pembuat maksiat sendiri adalah penyumbang paling besar kepada gejala sosial yang berlaku di zaman akhir-akhir ini?

    Maka semua kesalahan ini diletakkan atas bahu pemerintah semata-mata? Mana bahagian tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah dimuka ini pula?

    [MENJ: Maka pada logik anda yang tiada akal itu, hanya ibu bapa, tenaga pengajar dan pembuat maksiat bertanggungjawab tetapi pemerintah tidak bertanggungjawab langsung di dalam hal ini?]

    Komen ditulis oleh no — Ogos 28, 2008 @ 4:04 pm

  3. Macam-macam budak2 sekarang ni…pendedahan pasl seks harus dieberikan…tapi bukan suruh deorang implement on the spot..kalau jadi aper2 kan susah…

    Komen ditulis oleh chuckiesd — November 1, 2008 @ 12:08 pm

Tinggalkan komen anda

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes