Memang berita buruk
Disebabkan kependekan akal seorang Perdana Menteri untuk menaikkan harga petrol secara mendadak, saya sebagai seorang self-confessed “ulat buku” terpaksa mencari hobi yang lain apabila harga kertas telah juga naik secara mendadak dan menyebabkan kos membeli buku semakin tinggi. Nampaknya saya tidak boleh lagi membeli buku-buku baru buat masa ini sehinggalah situasi kewangan saya kembali stabil. Memang ini merupakan berita buruk bagi saya.
Terima kasih kepada Pak Lah, kerana telah berjaya membunuh minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Satu lagi projek kera-jaan Barisan Nasional!
Hat-tip: Tok Mudin
22 Jun

Nak beli buku, kena tunggu pesta jualan murahlah. Borong habis-habisan!
Komen ditulis oleh mudin001 — Jun 23, 2008 @ 7:06 am
Habislah, kedai printing pon mahal cani.semua naik..stress
Komen ditulis oleh Fahmishah — Jun 24, 2008 @ 12:02 am