Michael Jackson menemui Tuhan-nya

Pagi ini saya mendapat berita bahawa Raja Pop Dunia, Michael Jackson, telah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Ini disebarkan pula oleh para penulis blog di laman web Project Petaling Street. Saya dibesarkan dengan sajian lagu-lagu Raja Pop seperti Beat It, Thriller, Black or White dan Earth Song. Malah adik saya pernah membeli koleksi CD beliau HIStory yang pada waktu itu agak mahal juga harganya.
Diberitakan bahawa beliau telah masuk Islam dan menukarkan namanya kepada Mikaeel, tetapi saya belum dapat sahkan berita ini walaupun ia dilaporkan oleh pelbagai portal berita di Internet.
Tulisan yang berkaitan....
Blog Tuan Guru Nik Aziz dilancarkan
Pelajar China kuasai Bahasa Melayu
Isu perobohan gerai di Pulau Pinang
26 Jun

Tiada komen »
Tiada komen yang ditinggalkan.
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URL Jejak Balik
Tinggalkan komen anda
Mahukan gambar di sebelah komen anda? Daftar secara percuma di Gravatar.com.