close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

“MIM” itu maksudnya “Melayu”?

Seorang ketua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) menggunakan justifikasi bahawa arca di belakangnya yang memaparkan huruf “Mim” dalam Bahasa Arab sebenarnya merujuk kepada huruf M iaitu “Melayu” dan oleh itu, UiTM hanyalah untuk orang Melayu!

Saya tidak tahu bagaimana pemikiran dangkal seperti ini boleh digunakan untuk membuktikan bahawa hanya bangsa Melayu sahaja yang layak ke UiTM. Kalau begitu, bagaimana kalau arca huruf “Mim” tersebut di belakangnya itu bertukar menjadi huruf “CHA” (untuk Cina)? Atau barangkali mereka harus menukarkan arca tersebut kepada huruf “JIYM” supaya bangsa Jawa (seperti juga Dr. Khir Toyo dan Tan Sri Khalid Ibrahim yang berbangsa Jawa) boleh masuk belajar di UiTM.

Kalau beginilah kualiti graduan-graduan UiTM, maka saya merasakan tiada sesiapa pun yang mahu belajar di situ.

N.K.: Sudahlah bertutur di dalam Bahasa Inggeris pun bertaburan, maksud “Mim” itu pun tidak tahu? Arca huruf “Mim” itu sebenarnya merujuk kepada MARA, bahlul!

Incoming search terms:

  • maksud mim
  • uitm untuk orang melayu
  • uitm tiada kualiti
  • uitm mim
  • mim melayu islalm
17 Jan

10 komen »

  1. hahaha lawaknya budak ni. yeke dia ni ketua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM). Arca ditempat sendiripun tak tahu apa maksudnya. Orang macam nipun boleh jadi ketua pelajar hahaha..mari gelakkan kebodohan dia hahaha

    Komen ditulis oleh Raz — Januari 17, 2009 @ 3:44 pm

  2. Sape la nak amek ko keje nanti.. malu je.

    Komen ditulis oleh NoktahHitam — Januari 17, 2009 @ 7:09 pm

  3. Definitely must blog about this!

    Komen ditulis oleh NoktahHitam — Januari 17, 2009 @ 7:10 pm

  4. Dapat tahu pasal ni melalui blog Harimau Menaip.

    Terlalu banyak sangat “which” la…

    I guess this leader has the wrong definition of “M” word and thus by far shows that some of our younger generation has lose their ground on history..

    What actually they learnt during school, especially for history subject?

    Komen ditulis oleh ondastreet — Januari 17, 2009 @ 7:33 pm

  5. Buat malu betulllaa.. apadaa..

    Komen ditulis oleh nuaeman — Januari 17, 2009 @ 7:50 pm

  6. [...] Mim for Malay? Too shallow. It could mean Malaysia, but the closes would be Mara, since UiTM belongs to them. [...]

    Ping balik ditulis oleh English Is Just A Language, Wrong! | Noktah Hitam — Januari 17, 2009 @ 9:09 pm

  7. orang bahlul tu….setakat 10 peratus tu pun dah mengelelabah….apakah? cuba belajar kat oversea atau paling kurang pun kat IPTS. tak kemana dia tu

    Komen ditulis oleh TeRaBai — Januari 18, 2009 @ 2:11 am

  8. MIim maksud Melayu.. hahaha suruh dia masuk sekolah pondok dulu baru faham apa itu Mim

    ps:UiTM untuk Melayu so ape jadi ngan org asli, Sabah dan Sarawak :P

    Komen ditulis oleh haritz — Januari 19, 2009 @ 12:21 pm

  9. kenapa kita beriya2 nak beri 10% tuh kepada org lain? aku masih tak paham..

    Komen ditulis oleh boonchert — Januari 21, 2009 @ 7:14 pm

  10. masih tidak terlalu lewat untuk aku juga membahlolkan student ini. bahlol!

    Komen ditulis oleh affuan — Januari 24, 2009 @ 3:41 pm

  11. takziah kepada Presiden MPP UiTM ni. shame on you bro!
    aku sebagai alumni UiTM pun tak sanggup nak tonton video ni.adoilah!

    malu aku malu!

    Komen ditulis oleh aidilx — Januari 26, 2009 @ 7:25 pm

Tinggalkan komen anda

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes