close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Namakan semula “Jalan Sultan Azlan Shah” di Pulau Pinang

map sas Namakan semula Jalan Sultan Azlan Shah di Pulau Pinang

Apa yang telah berlaku sudah pun berlaku, pengkhianat sedang ketawa meraikan kemenangan “menikam” kerajaan negeri Pakatan Perak dari belakang dan sebuah kerajaan negeri haram yang tidak dilantik oleh rakyat akan mengangkat sumpah pada petang ini. Walaupun pelbagai saranan, kritikan dan rayuan dibuat, namun Sultan Perak nampaknya tidak dapat (atau tidak mahu mendengar) suara rakyat yang meminta belas ihsan dari baginda untuk membubarkan DUN dan membenarkan pilihanraya negeri diadakan.

Oleh itu saya sarankan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat menterjemahkan bantahan mereka dengan membuang nama “Sultan Azlan Shah” di sebatang jalan raya besar di Bayan Baru menuju ke Gelugor. Tidak ada gunanya kita menamakan jalan itu sempena nama seorang Sultan yang tidak mahu melakukan sesuatu untuk membetulkan ketidakadilan ini. Namakan semula jalan besar “Jalan Sultan Azlan Shah” di Pulau Pinang kepada nama “Jalan Ir. Mohd Nizar Jamaluddin”.

Bagaimana, adakah anda berani melakukannya untuk menunjukkan solidariti dengan pimpinan Pakatan di Perak?

Incoming search terms:

  • JLN SULTAN AZLAN SHAH
  • nama sultan pulau pinang
  • peta jalanraya pulau pinang
  • prosedur menamakan jalan
06 Feb

8 komen »

  1. Sekolah aku letaknya di Jalan Sultan Azlan Shah,
    Asalnya “Lorong Harimau”.

    Mungkin boleh ditukar kepada Jalan Najib, memandangkan dia Residen Baru Negeri Perak.

    Komen ditulis oleh Hasbullah Pit — Februari 6, 2009 @ 12:05 pm

  2. Berani? Jangan harap. Kang dikatakan derhaka pada raja-raja plak. Nak kata derhaka sultan perak x boleh.

    Komen ditulis oleh joe pg — Februari 6, 2009 @ 12:09 pm

  3. Saya sokong!

    Komen ditulis oleh LynMay — Februari 6, 2009 @ 12:18 pm

  4. ouch~ tetapi ia bukan Sultan yang patut dipersalahkan. Sebaliknya ADUN yang telah memperlekehkan tanggungjawab and membelot rakyat.

    Komen ditulis oleh Rauff — Februari 6, 2009 @ 1:06 pm

  5. tak tahu apa kena ngan Malaysia ni, celaru haru biru.

    Komen ditulis oleh marzuki — Februari 6, 2009 @ 2:52 pm

  6. Apa pun, Sultan tidak patut disalahkan. Mesti ada sebb buat Sultan murka. Bagus sangat ker Nizar tu? dengar citer dia ni lambat kalau buat keputusan…biasa ler..bila kerajaan bercampur….kadang-kadang terpikir, rakyat malaysia ni sememangnya dah bersedia ker utk amalkan demokrasi sepenuhnya? sbb tgk politik malaysia skrg makin kucar kacir bila kebebasan diberi….dah makin ramai tidak memikirkan kesensitifan, keselamatan negara..main hentam kromo jer..negara luar senyum jer. Baru tahu isu skek , terus serang tanpa memikirkan sebab dan musabab…. keamanan sekian lama kita capai ni…ada sebabnya..

    Komen ditulis oleh shana — Februari 6, 2009 @ 8:16 pm

  7. ape main delete2 komen ni bai ? takleh terima kenyataan ke?

    [MENJ: Itu hak saya hendak padam atau tidak. Blog ini saya yang punya, awak siapa?
    ]

    Komen ditulis oleh anon — Februari 7, 2009 @ 4:24 am

  8. Hmm.. cool down semua. Mengapa haru dipersalahkan sultan? Jangan ikut perasaan. Takkan lah sultan nak diam je tengok negeri yang diamanahkannya untuk ditadbir kucar-kacir. Memang la kerajaan raja berpelembagaan, tp sultan still ada kuasa penentu. Anggap je la sebagai hakim. Ikut je la. Takkan asyik nak gaduh je, sampai bile weh?

    Komen ditulis oleh danny — Februari 7, 2009 @ 8:01 am

Tinggalkan komen anda

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes