Pendapat Kritis

RSS Feed

Pencerobohan di Lahad Datu

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang menyatakan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agung dan Perlembagaan Persekutan, tentunya saya berasa sedih dan terkilan apabila membaca berita dua orang komando polis daripada unit Gerak Khas telah dibunuh oleh kumpulan penceroboh daripada Filipina. Walaupun kumpulan penceroboh itu mendakwa bahawa mereka adalah sebahagian daripada “tentera Sulu” dan juga saudara seagama, sepatutnya tiada kompromi harus berlaku dengan sesiapa yang menceroboh sempadan negara kita.

Mengenai kumpulan penceroboh ini pula, mereka mendakwa bahawa Sabah itu adalah milik mereka, tetapi benarkah begitu? Sedangkan Kesultanan Sulu sudah lama pupus dan hilang kuasa apabila diserap ke dalam Republik Filipina yang tidak mengiktiraf kuasa Sultan. Sekiranya tuntutan sejarah seperti ini dilayan, apakah ini bermakna bahawa Sultan Johor masih mempunyai hak ke atas Singapura? Ini sebenarnya sudah lama diselesaikan oleh Suruhanjaya Cobbold yang dilantik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Lagipun, saya pasti bahawa rakyat Sabah khususnya menolak sebarang cadangan untuk negeri mereka menjadi sebahagian daripada wilayah Filipina.

02 Mac

Tiada komen »

Tiada komen yang ditinggalkan.

Tinggalkan komen anda

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.

Get Adobe Flash player