Penjelasan sebenar dari rakan Adibah Ahmad

Baru tadi saya mendapati ada ulasan yang ditinggalkan di blog saya yang satu lagi oleh seorang rakan Adibah Ahmad yang menjelaskan perkara yang sebenar mengenai isu Adibah Ahmad ini. Disebabkan adalah jelas bahawa beliau tidak bersalah dan ada pendengki yang menggunakan gambar dan nama beliau untuk memburukkan namanya, maka saya terpanggil untuk mendedahkan perkara yang sebenar untuk membersihkan nama beliau.
Assalamualaikum.
Hello. Untuk pengetahuan semua, Adibah Ahmad adalah sahabat saya dari sekolah lagi. Sebagai sahabat beliau, saya terpanggil untuk membela beliau kerana saya tahu penulis sebenar CONFIRM bukan beliau.
Nak dikira logik, mana mungkin beliau sendiri menulis data peribadi dan no telefon tempat kerja apatah lagi memuatkan gambar-gambar sendiri. Cari nahas namanya. Hari-hari beliau dihujani dengan panggilan telefon di tempat kerja, sama ada yang ajak berjumpa, yang maki-hamun, tidak kurang juga yang meluahkan simpati. Bayangkan sudahlah sibuk dengan kerja, kemudian ditambah lagi dengan panggilan panggilan sebegini. Sudah tentunya mengundang depresi dan menganggu kehidupan peribadi. Nasib baik bos dan rakan sepejabat memahami, cuma syarikat tidak mahu nama mereka terbabit.
Adibah Ahmad yang sebenar amat menghormati agamanya sendiri. Mempercayai Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Beliau juga bukannya cetek pengetahuan agama, juga berketurunan baik-baik.
Saya amat pasti beliau dikhianati. Lebih 10 tahun saya mengenali beliau. Jadi, jangnlah ada yang cepat menjatuhkan hukum. Menaggilnya dengan kata kata yang tak elok dan sebagainya. Lebih lebih lagi sebagai orang Islam, seharusnya kita menyiasat kesahihan siapakah penulis sebenar terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan semua, sudah 5 laporan dibuat beliau (yang terakhir mlm semalam setelah ia tersiar di Buletin Utama), tapi hanya akhir akhir ini, baru kedengaran berita positive dari pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.
Semoga kita mengaharpkan kebenaran terbukti, dan marilah kita doakan sama sama ketenangan bagi pihak Adibah Ahmad yang sebenar. Semoga yg menjadi dalang di sebalik blog jahat ini terbongkar juga.
Yang pasti, Adibah Ahmad juga tidak mengenali penulis blog jahat itu dan tujuannya berbuat begini.
Sememangnya, org begini memang bukan sahaja cetek akal, malah saya rasa mungkin menghidapi mental illness yang kritikal.Marilah doakan agar segala-galanya dapat diselesaikan secepat mungkin. Insya Allah.
Tulisan yang berkaitan....
Mari mengira wang cara penyamun

Kesiannya Adibah Ahmad yang sebenar… mesti dia mentally stress pasal website bodoh tu … Tapi yang lagi patut biar ada laa video kat youtube or kat berita tV3 sendiri yg menyiarkan tentang dirinya dianiaya… So org boleh percaya yang dia sebenarnya tak terlibat dlm hal ni. If dari kawan sendiri. masih ada sangsi lagi laa .
Komen ditulis oleh Awinsjc — Disember 27, 2008 @ 11:14 pm
blog tue dah pun kena delete oleh pihak Blogger….alhamdulillah
Komen ditulis oleh aman — Disember 28, 2008 @ 12:46 am
tak payah la kot letak gambar dia lagi? dia tak salah. nanti orang kenal dia sangat, dia malu n stress. kesian dia. semalam dah pakat flag blog tu ramai2
Komen ditulis oleh chokilala — Disember 28, 2008 @ 12:51 am
hmm….masih was was…
tak tau sapa yang benar,sapa yang salah
Komen ditulis oleh blowie — Disember 28, 2008 @ 10:46 am
kalau difikir secara logik, tak mungkin la adibah ahmad tu sendiri nak letak nama dah profile dia sendiri. macam sengaja cari nahas la kalau dia buat mcm tu. wallahua’lam
Komen ditulis oleh sue — Disember 28, 2008 @ 1:12 pm
[...] baru sahaja selesai membaca artikel yang di tulis oleh saudara menj mengenai isu penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW yang ditulis dalam semua blog [...]
Ping balik ditulis oleh Siapa Yang Menyamar Sebagai Adibah Ahmad | Aku Bukan Seorang Artis Malaysia — Disember 28, 2008 @ 2:48 pm
Alhamdulillah, penulis tu bukanlah orang Islam. Semoga saudari Adibah tabah dan dijauhkan dari fitnah tersebut
Komen ditulis oleh ibnmasir — Disember 28, 2008 @ 5:51 pm
akhir zaman ni kan nabi dah cakap akan ada banyak fitnah… sabar aje la…
Komen ditulis oleh mizakimi — Disember 28, 2008 @ 6:58 pm
Semoga saudari adibah ahmad akn trfikir hikmah disebaliknya..myb allah nk beri petunjuk. Spya lebih mendalami agama..fikir2knlah
Komen ditulis oleh Muslimah — Disember 28, 2008 @ 7:30 pm
comey gk adibah nih yer.. ley berkenalan….?
Komen ditulis oleh hoho — Disember 29, 2008 @ 10:07 am
Sy fikir bole trace penulis tu kalo gov nak trace. Minta IP drp pihak Bloggers dan waktu dan padakan dgn IP dan waktu drp pihak Telekom … (i think lah)
kalo nk trace lah .. tp kalo pemfitnah tu pake proxy .. pyh le skit
Komen ditulis oleh hmm — Disember 29, 2008 @ 8:27 pm
Kes curi identity, dashat betul. Tp anda semua, sebagai seorang beragama Islam yang rasional, tak usah lah maki hamun jika perkara sebegini terjadi lagi. Sebalik berfikir dengan matang, dan kalau bole rendah suara bila perlu.
Rata-rata orang Islam ku kenal, mencaci hina dia. Padahal bukan die. Itulah die, jumping to conclusions too easy.
Komen ditulis oleh NoktahHitam — Disember 29, 2008 @ 8:43 pm
assalamualaikum..
saya jugak merupakan salah seorang rakan sekolah adibah…
saya mula mengetahui tentang penghinaan ni, bermula dari friendster yg menggunakan nama dan semua berkaitan tentang dirinya…
kemudian,
selepas 1-2 hari (kalau x silap) saya ada menerima mesej dari friendster yg saya x kenal..
rupa2nya, adibah yg mengirimnya itupun melalui frienster rakannya…
rupanya, ada orang yg sengaja mempergunakan dirinya….
bagi saya,
insyaallah yg menulis blog jahanam tu bukanlah adibah, tetapi ada insan yg sengaja menjatuhkan maruah orang lain…
buat sahabatku adib,
banyakkan bersabar dan berdoa semoga orang itu akan mendapat balasannya….
mungkin ada hikmah di sebalik semua permainan ini…..
wassalam…
Komen ditulis oleh najihah — Disember 29, 2008 @ 11:53 pm
utk pengetahuan semua, ofismate saya dah call adibah dan bertanyakan tentang ini sambil meluahkan rasa simpati kepadanya. namun jauh di sudut hati, saya begitu terkilan dgn pihak yg patutnya memberi perhatian pd laporan yg dibuat adibah tetapi seperti mencurah air ke daun keladi.
laporan sudah dibuat 2-3 minggu sebelum kes ini kecoh. tetapi kenapa nama adibah seperti tidak dibersihkan. kesian betul dia, sebab mereka yg tidak tahu kisah sebenar, telah menyalahkan adibah. jika penulis yg sebenar tidak dapat dikesan dan ditangkap, sy lebih bimbang kerana selepas ini mungkin org lain pula yg terkena.
Komen ditulis oleh muRni aQiLa — Disember 30, 2008 @ 5:49 pm
Adakalanya manusia akan berubah penjelasan bila dalam keadaan tersepit. Masih dalam keraguan kerana kenapa bila ada orang yang telah temui blog tersebut baru timbul cerita kebenaran kononnya. Kenapa tidak daripada awal2 lagi. Kemudian kemusykilannya kenapa gambar dia wujud dalam blog tersebut bukan orang lain.Sigila masih belum percaya bila ada blog yang mahukan biodata peribadi termasuk email tiba2 boleh berdolak-dalih.
Komen ditulis oleh Sigila — Disember 31, 2008 @ 11:44 am
salam..
sy bersimpati ttg dye..
n kebanyakan nye sy taw dr justkhai.com
anda ade mase g la cr..
kerana bg saya..seorg penulis blog xkn mahu mendedahkn identiti diri sndiri if dye nk mengutuk agama!
n mengikut pengikutan sy tntang blog tu..
didapati yg blog tu seakan akan d tulis oleh seorg cina kerana pelat2 cina+melayu msih kelihatan..
n melihatkn wajah adibah ahmad..sy percaya dye 100% melayu!
sy turut simpati dgn rakan anda..
n sekarang ada lah tggungjawab kite sume untuk FLAG atu lg blog yg mencemuh agama kita!
ni sy sertakan URL : http://adibahahmed.blogspot.com/
jom ramai2 kite FLAG!!!!
Komen ditulis oleh cayataro — Januari 6, 2009 @ 9:36 pm