Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Penyakit al-Wahn menjangkiti umat Islam

    minaret moghul Penyakit al Wahn menjangkiti umat Islam

    Sebagai menyahut seruan Rohaizad untuk membuat revolusi blog Islam (baca: tazkirah), maka saya perturunkan ulasan mengenai sebuah hadis Rasulullah s.a.w. mengenai keadaan akhir zaman di mana fenomena ini kini sedang berlaku. Sepatutnya ulasan ini dikeluarkan pada hari Jumaat juga tetapi disebabkan saya mengalami demam panas / selsema pada ketika itu, maka terpaksa saya tangguhkan kepada hari ini, Ahad 14 Disember 2008. Pada masa yang akan datang, saya akan keluarkan ulasan “revolusi blog Islam” pada hari-hari Jumaat.

    Mari kita mulakan dengan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. mengenai “penyakit al-Wahn“. Apakah itu penyakit al-Wahn?

    Sebuah hadis yang diriwayatkan dari Thauban radhi allahu anhu, bahawa Rasullullah salla allahu alayhi wassallam bersabda, dengan mafhumnya:

    “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

    Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”

    Sabda Baginda s.a.w.:

    “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”

    Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”

    Jawab Rasulullah s.a.w.:

    “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”

    Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”

    Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

    Hadis ini diriwayatkan pada 1400 tahun dahulu dan kini benarlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w. Umat Islam kini ditindas dan semakin lemah, dihinggapi penyakit al-Wahn. Seperti keadaan dimana orang kafir telah menindas mereka “bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama”. Golongan Islam Liberal juga tidak terkecuali daripada fenomena ini, mereka juga telah “makan” bersama-sama untuk menghancurkan umat Islam dari dalam.

    Maka apakah yang patut dilakukan untuk memperkasakan kembali martabat umat Islam? Tentunya hanya dengan cara ini sahaja, iaitu kembali berpegang kepada tali Allah s.w.t., berpegang kepada al-Qur’an dan Sunnah serta mendalami ilmu untuk kembali mencari redha Allah s.w.t.

    Maka inilah yang diharapkan oleh seluruh umat Islam di dunia pada hari ini.

    Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini.

    14 Dis

    3 komen »

    1. nauzhubillah min zaliq… semoga umat islam bertaubat dah terus menuju ke jalan yang diredhai oleh Allah swt. amin.

      Komen ditulis oleh Awinsjc — Disember 15, 2008 @ 1:02 am

    2. betul…2..kalau kita tgk..negara islam sendiri m`hancurkan negara islam..contohnya..pada bulan puasa yg lepas..iman dari masjid palastin datang ke negeri aku dan memberi ceramah beliau di stadium dan aku pergi mendgr ceramah itu..maka didlm ceramah beliau mengatakan ketika beliau berada di Indonesia..beberapa org telah bertanyakan satu soalan kepada beliau yg berbunyi..

      “kenapa perlu palestine( Hamas ) meminta bantuan( derma ) dari negara kecil seperti kami?tidakkah terdapat banyak2 negara arab yang kaya2 seperti turki dan arab saudi?”

      Dan saya berkata, negara2 Arab akan memberi bantuan kepada kami apabila kami:

      a) mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara
      b)mengiktiraf kaum yahudi sebagai majoriti penduduk di palestine..
      C)Tidak akan memusuhi kaum yahudi….

      Subhanallah…makna betullah kata2 dari Rasullulah…umat Islam akan menjadi seperti buih2 di laut!

      Komen ditulis oleh Blog Buat Duit — Disember 15, 2008 @ 4:27 am

    3. Cinta dunia dan takut mati..Nauzubillah..
      Bro..nak copy entri ni..leh ka?alamak copyright reserved laa..xleh ke bro?hehe..

      [MENJ: Boleh salin, tetapi jangan lupa memberikan hak kepada si empunya.]

      Komen ditulis oleh ibnmasir — Disember 17, 2008 @ 2:19 am

    Tinggalkan komen anda