close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Petisyen tidak ada kaitan dengan azan

Selepas saya membaca petisyen asal yang dikemukakan oleh para penduduk bukan Islam di sekitar kawasan Bandar Kinrara Seksyen 5, saya mendapati bahawa persoalan mengenai laungan azan langsung tidak ditimbulkan, sebaliknya ia adalah berkaitan dengan kuliah subuh dan ceramah maghrib yang dibunyikan terlalu kuat dan menganggu ketenteraman penduduk di sekitarnya. Walaupun saya berpendapat bahawa isu ini adalah terlalu remeh untuk ia dikemukakan sebagai suatu petisyen (sebaiknya wakil penduduk berjumpa dengan pihak masjid untuk menyelesaikan masalah ini) namun disebabkan isu ceramah di waktu-waktu tertentu dikelirukan dengan laungan azan sehingga menyebabkan YB Teresa Kok, ADUN Kinrara dari DAP, ditangkap di bawah akta ISA, maka seharusnya pihak yang terlibat, terutamanya mereka dari UMNO yang cuba memainkan sentimen perkauman dengan polemik ini, merujuk kembali petisyen asal yang dibuat.

petition on loudspeaker 350x487 Petisyen tidak ada kaitan dengan azan

Adakah ahli-ahli UMNO tidak mampu untuk membezakan antara laungan azan dengan kuliah/ceramah Subuh dan Maghrib?

Incoming search terms:

  • petisyen azan
  • isu azan & tulisan jawi
  • complain azan kuat
  • petisyen
  • teressa kok petisyen tentang azan
14 Sep

6 komen »

  1. thanks bro… before reading this post , i was not so sure on what’s happening …

    Komen ditulis oleh Jason — September 14, 2008 @ 10:39 pm

  2. Kenapa Ada Orang Yang Sebegini. Orang Islam Plak Tu Yang Buat Begitu. Iskh3..

    Komen ditulis oleh mrozaidi — September 15, 2008 @ 6:48 pm

  3. Persoalan saya, apa yang selalu keluar dari corong2 pembesar suara dari Surau atau Masjid? Bukankah termasuk juga Azan?

    Tak kurang hajar ke pabila menyamakan apa yang keluar dari corong pembesar suara dari rummah Allah itu dengan jenayah, rompak sebagainya?

    So, tolong jawab balik kritikan ini.

    Bukan sebab isu ini sahaja Teresa Kok kena ISA, menurunkan papan tanda yang mempunyai tulisan jawi dan menaikkan papantanda jalan yang secocok dengan motto “Malaysia Malaysian” juga turut diambil kira.

    [MENJ: Pandai mengkritik tetapi tidak tahu membaca. Nampaknya anda juga keliru mengenai perbezaan antara "kuliah" dan "azan"! Mengenai isu tulisan Jawi, ia hanyalah strawman argument dari anda dan tidak ada kaitan dengan tulisan ini.]

    Komen ditulis oleh masterkritik — September 16, 2008 @ 6:09 pm

  4. masterkritik, mengapa menggelabah, mana link back or nama sebenar?

    “Persoalan saya, apa yang selalu keluar dari corong2 pembesar suara dari Surau atau Masjid? Bukankah termasuk juga Azan?”

    - complaint on talks doesnt mean complaint on azan as well.

    - tambahan, mereka bukan islam, mereka ada hak menyuarakan pendapat, jadi mengapa dihukum? kenapa tak bahaskan atau bincang jer? ISA tak diperlukan tuk bela ajaran islam. tindakan yang diambil dilihat kejam. islam tak ajar approach cara kasar pun

    Komen ditulis oleh uner — September 16, 2008 @ 10:07 pm

  5. oh inikah kisah sebenarnya? baru aku faham kenapa ianya berlaku dan apa puncanya.

    sudah tentu islam tidak mengajar umatnya untuk berlaku tidak adil kepada penganut agama lain malah kita digalakkan menghormati mereka.

    sudah tentu ada antara mereka yang kurang faham mengenai aktiviti islam. sepatutnya ditegur atau dibawa berbincang!

    Komen ditulis oleh megat — September 19, 2008 @ 4:19 pm

  6. betul tu ! Dlm apa2 hal pn bwk lh bebincang . Jngan zalim sngat

    Komen ditulis oleh kharudin — Disember 11, 2008 @ 12:57 pm

Tinggalkan komen anda

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes