close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

PPSMJ sebagai alternatif kepada PPSMI

Memandangkan mereka yang pro-PPSMI mahukan kemajuan yang tinggi di dalam bidang Sains dan Matematik, apa kata kalau kita memperkenalkan dasar Program Pembelajaran Sains Dan Matematik Di Dalam Bahasa Jepun (PPSMJ) pula kepada para pelajar sekolah kita? Lagipun, bukankah kita sudah ada Toshiba, Panasonic, Sony, Philips dan pelbagai lagi jenama barangan elektronik dari negara Nippon? Jadi, apa kata kalau kita sama-sama menyanyikan lagu Nippon ini, mengikut rentak lagu daripada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Miyo! Tokai no sora akete, kyokujitsu takaku kagayakeba;
Tenchi no seiki hatsuratsu to, kibo wa odoru Oyamashima.

Ya, mari kita mempelajari Bahasa Jepun untuk menjayakan projek Jepunisasi dan menjahanamkan masa depan anak-anak kita di dalam matapelajaran Sains dan Matematik!

P.S. Kita perlu mengkaji apakah teknologi yang digunapakai untuk mengaktifkan tikar terbang tersebut. Siap dengan voice activation lagi. Adakah ia teknologi dari negara Nippon?

Incoming search terms:

  • www ppsmj com
  • ppsmj com
10 Mac

5 komen »

  1. Hahahahah… satu entri yang sungguh “makan dalam”…!
    Brilliant!!!

    Komen ditulis oleh rohaizad — Mac 10, 2009 @ 12:33 am

  2. hehe..nice entri…
    kalo Datuk Hishamuddin baca mesti die akan cadangkan PPSMJ kepada kabinet….

    Komen ditulis oleh wan — Mac 10, 2009 @ 12:48 am

  3. Aku ingat bahasa jawe.

    Komen ditulis oleh Org Jawa — Mac 10, 2009 @ 9:19 am

  4. Aku baru nak cadangkan Bahasa Jerman.

    Heh! :D

    Komen ditulis oleh mudin001 — Mac 10, 2009 @ 10:34 am

  5. mudin,kalau sains dan matematik dalam bahasa Jerman,gerenti habis hancur prestasi anak murid kita.Pengalaman pahit dan sukar saya ketika negara Jerman adalah bukti utama.Bahasa Jerman untuk tujuan umum dan bahasa Jerman untuk tujuan saintifik sangat berbeza dari struktur tulisannya.Mungkin jika ketika hari pertama belajar bahasa Jerman anda merasakan mudah,tetapi apabila membaca buku saintifik dalam bahasa Jerman,memang sangat mendalam,kompleks dan rumit struktur ayatnya,boleh menyebabkan sesiapa sahaja yang bukan berbangsa Jerman tersalah faham konsep yang disampaikan.Bayangkan jika buku ini murid kita disuruh baca,huh,alamat tak tahu konsep asas seperti +,-,X,/ lah mereka hatta setelah habis SPM sekalipun!

    Jadi,adalah lebih baik belajar matematik guna bahasa matematik dengan bermediumkan bahasa ibunda.Menggunakan medium yang asing untuk menguasai bahasa matematik hanyalah tindakan paling bodoh pernah wujud di alam fana ini.

    Komen ditulis oleh mamak — Mac 13, 2009 @ 3:36 pm

Tinggalkan komen anda

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes